It doesn't matter where you go in life ,
what you do or how much you have ..
it's who you have beside you ..
i'm so glad i have you ! ^^,

Wednesday, November 30, 2011

menangis dlm ketawa ..

30//11/2011

- siapa sangka rupanya aku ditipu selama ini.Lelaki yang aku rasa lain dari lelaki lain rupa-rupanya sama saja!Saat aku mengetahui semua itu,terasa terlalu sakit hati ni.Mungkin ini bukan yang terbaik buat aku.Adakah aku yang bodoh kerana mempercayainya atau dia sememangnya bodoh kerana mempermainkan aku?Terlalu sulit kenyataan yang harus aku terima saat ini.Terlalu sakit untuk ditelan.Saat hati sudah berpaut.Namun apakan daya jodoh,ajal,maut ditgn Allah.Ya,aku redha.Tak pernah aku sangka segalanya berakhir kerana sebab ini.Aku sangka kau lain dari yang lain.Namun SAMA!Maaf andai diriku pernah melukai kau,namun aku yakin tidak seperit yang aku tanggung.Benar kata orang,lelaki semudahnya akan cair kerana perempuan.Dengan perkataan,ayat-ayat manja akhirnya lelaki sanggup menipu namun dia tidak sedar yang dia telah terpedaya.Maaf!Aku telah berjanji kali ini aku tidak akan menangis lagi hanya kerana kau?Jikalau kau benar-benar mencintai diri ini,tidak mungkin kau akan mencintai yang lain.Jika kau masih mencintai yang kedua,yakin lah yang pertama tidak kau cintai.Kerana kau tidak akan mencintai yang lain seandainya kau mencintai yang pertama.Ah!Janji kau hanya dibibir sahaja.Kali ini aku tidak akan berlembut lagi.Terima kasih kerana membenarkan aku bermain dalam permainan kau ini walaupun aku sering kalah!

HATE YOU DUDE!
I'M REALLY REGRET CAUSE MEET YOU BEFORE,BUT I KNOW IT IS ALL PAST.
I REALLY HOPE MY FUTURE LATER I WON'T MEET SOMEONE LIKE YOU ANYMORE,CAUSE I REALLY-REALLY HATE YOU.
GTH!

Saturday, November 19, 2011

Cinta Aku dan Dia ^^,


Aku memandang ke arah pintu gerbang yang menjadi laluan masuk ke IPG Kampus Kota Baharu. Pintu inilah yang menjadi laluan masuk aku buat pertama kali beberapa tahun dulu. Sekarang melalui pintu inilah aku akan meninggalkan tempat yang menjadi rumah kedua aku. Berat mata memandang, berat lagi hati yang merasa. Terasa langkahku bagai digam bila meninggalkan tempat yang telah mengajar aku erti kehidupan yang sebenar, yang menjadikan aku lebih kuat. Segalanya bermula disini. Ya, segalanya bermula di sini. Masih segar di ingatan aku segala kenangan yang aku cipta bersama dia di sini.
            Di sinilah tempat di mana aku berkenalan dengan ‘dia’ .Orang yang pertama yang telah mencuri hatiku. Namun kisah aku mungkin tidak sama dengan orang lain. Yalah, aku rasa tidak semua perkenalan bermula dengan sebuah persengketaan. Sebelum ini kami berdua merupakan musuh. Kami selalu bergaduh walaupun perkara itu sebenarnya perkara kecil sahaja dan tidak patut dijadikan punca perbalahan langsung. Layar memori memancar kenangan hari itu...
            “Hei,ni tempat aku lah!” sergah  Aril.
            Tersentak aku yang sedang menjamu selera di kafe.Hampir tersedak mi gorang panas-panas yang lazat itu. ‘Mamat nie memang tak reti bagi salam langsung! Bikin panas saja.’
            “Tempat kau ker? Tak ada nama kau pun kat sini,tu pasal aku duduk je.” Balasku selamba. Tanpa memandang, aku teruskan suapanku yang terhenti. Kali ini dengan lagak lebih berselera.
            Aril mendengus marah. Dia menjeling tajam ke arah aku. ‘Ah,ingat aku takut ke jelingan kau tu?’ Namun lelaki itu masih terpacak di hadapan aku.Masih nekad berdiri di situ.
            “Dengan segala hormatnya aku mintak kat kau supaya kau angkat kaki kau tu pergi tempat lain. Kau menggangu aku menikmati mi goreng ni tahu?” Semakin lama aku semakin rimas.
            “Aku takkan lari lah! Dah ni memang tempat aku. Kau tu yang patutnya kena lari.” balasnya jengkel.
            “Lantak kaulah Aril!” Aku tetap meneruskan suapan mi goreng walaupun dia masih terpacak di situ macam tiang lampu buruk! Mungkin geram melihat aku masih ditempat duduk itu, akhirnya Aril menarik kerusi di hadapanku. Dia  memulakan tugasnya ‘menyerang’ nasi goreng yang ditatangnya dari tadi. Aku yang berada di hadapannya langsung tidak diendahkan. ‘Ah pedulilah,yang penting aku nak habiskan makanan aku dulu.’
“Amboi, musuh kita ni dah berbaik ke?” tegur Emy yang kebetulan mahu membeli makanan tengahari di situ. Seperti yang dijangka, pasti ada suara-suara sumbang yang akan menegur aku. Yalah siapa yang tidak tahu ‘status’ aku dengan Aril di sini.
“Eh Emy. Tak adalah,dia ni yang nak menempel kat sini. Dah macam tak ada tempat lain kat dalam kafe ni.” Aku membela diriku sendiri. Hendak menanti Si Aril itu bersuara memang seperti mustahil, kusyuk benar dia melayan nasi gorengnya. Langsung tidak diangkat kepalanya. ‘Macam setahun tak makan!’
            “Ya ke?Haha...Aku ingat dah berdamai. Manalah tahu kan?” Emy masih mahu menduga aku.
            “Ish, merepek kau Emy!” Hanya itu yang mampu aku balas. Aril masih lagi tekun menghabiskan nasi gorengnya seperti tiada apa yang berlaku di situ. ‘Huh, sabar sajalah hati!’. Aku menghabiskan makanan yang ada dalam pinggan dan menyedut air sirap bandung yang memang menjadi kegemaran aku sejak sekolah rendah lagi. Kelihatan Aril juga menyudahkan makananya.
            “Kau diam je macam batu tadi kenapa ha?” soalku. Tinggi sedikit nada kali ini. Namun itu tidak menjadi masalah lagi bila berhadapan dengan manusia seperti ini.
            “Saya orang Melayu. Masa makan, mana boleh bercakap! Kat sekolah dulu ustazah tak ajar ke?” sinis saja jawapannya.
‘Nah,ambik kau. Kan balik-balik kau jugak yang terkena.’ Aku terdiam tanpa jawapan. Niatku untuk menghentamnya tidak berhasil kerana akhirnya aku yang dihentam dahulu. Aril berlalu pergi namun sempat menghadiahkan senyuman yang agak sinis dan sememangnya sangat menyakitkan hati. Tambahan apabila mengenangkan kekalahan dalam ‘perdebatan’ tadi. ‘Kenapalah ada jugak orang macam dia ni atas muka bumi ni.’ Tanpa berlengah menahan muka di situ, aku berlalu ke kelas berteman omelan tanpa henti.
            “Anati, tadi aku dengar Emy cakap kau makan semeja dengan si Aril tu. Ya kah? Aku ada missed apa-apa ke?” Kini Alia pula yang bertanyakan kejadian di kafe itu. ‘Emy,Emy...cepat betul kau sebarkan ya?’
            “Tak ada apa-apa pun Alia. Mamat tu memang suka cari pasal pun kan? Pedulikanlah dia tu. Tak untung apa-apa pun kalau cakap pasal dia tu.”
            Alia mengangkat keningnya mendengar jawapan aku. Aku tahu dia masih tidak puas hati dengan jawapan itu. Habis, hendak direka apa lagi. Aku sendiri turut bingung tidak tahu hendak membalas apa.
            “Tak payah kau angkat kening kau tu lah,tak cantik pun!” Spontan. Sedikit jengkel bila diberi muka oleh Si Alia itu.
            Alia ketawa mendengar kata-kata aku. “Alah,kau tu je yang jeles. Aku tahu kening aku ni lawa. Kan kan kan?” Dia meneruskan lagi sesi angkat-mengangkat keningnya itu dengan lagak Ziana Zainnya. Kami berdua sama-sama tertawa.
            “Eh, cuti nanti balik tak? Atau kau stay kat sini je?” soal Alia setelah tawa kami reda.
            “Mestilah balik! Aku dah rindu kat famili aku ni. Lebih-lebih lagi bantal busuk aku tu. Dah lama tak peluk dia, rindu lah.” ujarku membuat mimik muka manja.
            “Eiuu...tolonglah! Dah nak jadi mak orang pun still ada bantal busuk? Tak malu betul kawan aku yang sorang ni.” Alia masih mengejekku walaupun perkara itu bukan benda yang baru diketahuinya. Dulu aku pernah kenalkan Alia dengan bantal busukku itu sewaktu dia datang bercuti ke kampung. Memang riuh rendah waktu itu. Dua,tiga hari perkara itu menjadi gurauan Alia. Masa itu terpaksalah aku pekakkan telinga mendengar ejekkan Alia itu.
            “Dah tu kau balik tak?” Aku sengaja mengubah topik. Malas melayan.  Alia itu kalau dilayan memang tiada sudahnya.
            “Mestilah! Bosanlah duduk sini sorang-sorang, baik aku balik peluk mak aku lagi best! Tak macam orang tu, nak peluk bantal busuk dia, sekali lalat singgah terus tak boleh bangun!” Alia ketawa dengan lawanya sendiri. Malah aku sendiri berasa lucu tetapi aku tahan gelakku. Aku memandang Alia dengan pandangan yang penuh kegeraman. ‘Kalau sekali tak sakat aku memang tak boleh ke minah nie?Heran betul. Nasib baik kau tu kawan aku, kalau tak mahu je aku tarik-tarik mulut murai kau tu.’
            Akhirnya cuti yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Ramai yang pulang ke kampung. Antaranya aku, Alia dan Emy. Kami bertiga sibuk mengemas segala benda yang ingin dibawa balik. Macam-macam barang disumbat dalam beg yang tidak seberapa itu.
            “Dah nampak macam ikan buntal beg aku ni.Tapi banyak lagi barang yang nak dibawa balik. Macam mana ni!” rungutku.
            Alia memandang ke arah beg yang disamakan dengan ikan buntal itu. Dia ketawa perlahan. “Memang tak ubah seperti ikan buntal!” Habis meletus tawa kami bertiga.
            “Alah kau tu Anati, lori kargo pun tak muat jugak kalau nak isi barang-barang kau tu!” celah Emy. Tidak mahu tertinggal dalam mengusik aku.
            “Amboi Emy! Kau ingat barang aku barang dagangan ke sampai tak muat lori kargo?Tu dah melampau.” Aku membesarkan mata memandang mereka sambil kedua tanganku di pinggang. ‘Amboi-amboi, sekali diusiknya, melampau terus ni.’
            Hanya ketawa yang kedengaran. ‘Ah,pedulikan lah. Makin dilayan,makin menjadi-jadi nanti.’ Aku terus menyambung kerjaku untuk menyumbat barang-barang kedalam beg yang sudah sedia mampat itu.
            Setelah semua selesai, kami terus berjalan ke arah teksi yang sedang menunggu untuk ke stesen bas. Tiba di stesen bas, masing-masing membawa haluan sendiri kerana kami berlainan destinasi. Aku pulang ke Terengganu, Emy ke Melaka, dan Alia ke Johor. Kami berpisah denagn lambaian terakhir aku dari dalam bas. Basku bertolak paling awal hari itu. Hampir 4 jam aku termenung di tingkap bas, akhirnya aku sampai ke destinasi. Dari jauh kelihatan ayah dan ibu melambai-lambai ke arahku. Aku tersenyum gembira. Cepat-cepat langkahku diatur ke arah permata kesayanganku yang telah lama kutinggalkan itu.
            “Assalamualaikum ayah, ibu.” Aku bersalam dengan mereka berdua. Ibu menarikku ke dalam dakapannya. Agak lama aku berada dalamnya. Tiba-tiba hatiku sebak. Hampir saja empangan air jernih itu mahu pecah, ayah memecah syahdu.
            “Ha,dah-dahlah tu ibunya. Malu orang tengok. Macam anak balik dari oversea pulak. Kita balik dulu, nanti sambung lagi kat rumah ya?” Ayah masih sempat berjenaka. Ibu tersengih-sengih memandang aku. Kami berjalan ke arah kereta yang diparkir tidak jauh dari terminal.
            Masa berlalu pantas sekali. Sudah hampir seminggu aku bercuti. Masih tinggal seminggu lagi untuk aku bermanja dengan ayah dan ibu.Selepas itu aku akan kembali semula ke IPG, berdepan lagi dengan tugasan-tugasan yang tanpa henti. Tanpa sedar aku mengeluh. Aku duduk disofa sambil melayan Facebook. Penuh halaman itu dengan status rakan-rakan. Ada yang menceritakan kisah cuti mereka, ada yang mengeluh tugasan masih belum selesai. Sedang aku ralit membelek-belek laman tersebut, tiba-tiba terpapar nama ‘Aril Macho’ di ruangan chat aku.
            Aril Macho - Woi!
            Anati - Tak reti bagi salam ke ?
            Agak lama barulah dia membalas.
            Aril Macho – Assalamualaikum ?
            Anati – Waalaikummussalam... Nak apa?
            Aril Macho – Nak kau lah!
            Anati – tak sihat ea?
            Aril Macho – Eh,rumah kau kat mana ha?
            Anati – Mana-mana je lah.Kau nak buat apa tahu rumah aku kat mana?
            Aril Macho – Nak jumpa dengan ayah mertua aku lah! Haha..

            Aku ternganga saat mataku memandang perkataan ‘ayah mertua’. Perlahan dan tanpa sedar aku tutur perkataan itu. Entah kenapa jantung aku berdegup laju saat itu.

            Anati – Tak kelakar lah lawak kau!
            Aril Macho – Aku bukan buat lawak pun!
            Anati – Malas lah aku layan kau! Salam.
            Aku terus mematikan komputer ribaku dan keluar bermain dengan sepupuku yang baru sampai. Entah kenapa hatiku berasa tidak tenteram dengan lawak Aril tadi. Ya,aku tahu itu semua hanyalah sebuah jenaka, tetapi ada sesuatu yang tidak kena dengan diriku, dengan hatiku sebenarnya.
            Malam itu aku bersantai-santai di atas bangku yang ada di halaman rumah. Sedang aku enak mengelamun mengira bintang, alunan lunak suara  Anuar Zain dari telefon bimbitku kedengaran, menghantar lamunanku ke bulan. ‘Nombor yang tidak ku kenali.’ Aku membiarkan panggilan itu tidakberjawab. Sekali, dua kali, tiga kali! ia masih berbunyi minta diangkat.
            “Assalamualaikum?” Ragu-ragu, aku akhirnya menjawab panggilan itu.
            “Waalaikummussalam...” Kedengaran suara yang sangat aku kenal. ‘Aril!Apa tujuan dia telefon aku ni?’ ‘Dari mana dia dapat nombor aku?’ Macam-macam soalan tiba-tiba meletus di serebrumku.
            “Kenapa senyap?Tak kenal ke?”
            “Kenal,nak apa?” soalku malas.
            “Saya nak awak!”
            Lagi-lagi itu yang dikatanya. Aku mengeluh. ‘Apalah tujuan mamat ni.’ Yang anehnya dia tidak lagi membahasakan ‘aku,kau’ seperti sebelum ini.
            “Demam ke ape?” soalku spontan.Tiba-tiba sahaja aku menjadi berdebar-debar. Aril hanya diam di hujung talian. Bermula dari saat itu, entah bagaimana,  antara aku dan Aril bukan lagi ‘musuh’, kini aku dan dia sudah menjadi kawan baik. Ramai yang hairan dengan perubahan mendadak antara aku dan Aril. Lebih-lebih lagi Alia dan Emy. Mereka berdua bukan main lagi menyakat aku dan Aril setelah pendamaian kami sampai ke pengetahuan mereka. Malah merekalah yang mula-mula perasan.
Beberapa bulan berlalu,hubungan kawan antara aku dan Aril menjadi semakin rapat. Kami berdua selalu belajar bersama-sama. Tidak ketinggalan Alia dan Emy yang sentiasa ada untuk menyakat aku dan Aril. Ramai yang tertanya-tanya tentang hubungan aku dan Aril. Yalah, sebelum ini kami berdua selalu bergaduh tapi tiba-tiba menjadi rapat seperti isi dan kuku. Sesiapa pun pasti kehairanan. Namun tidak lagi bagi aku dan Aril.
Entah kenapa hubungan aku dan Aril menjadi semakin rapat dan erat hari berganti hari, bulan berganti bulan. Sudah menjadi rutin harianku berbalas mesej dengannya. Walaupun hari-hari kami bersua muka, namun kami tetap berbalas mesej.
Petang itu setelah selesai peperiksaan aku terus pulang ke bilik. Malas mengikut Alia dan Emy melepak di kafe kerana aku berasa sungguh letih hari itu. Sampainya di bilik, aku terus mencampakkan diri ke atas katil. Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi tanda ada mesej masuk. Aku mencapai telefon bimbit yang berada di atas meja.
Mesej dari Aril :-
‘Will you be my princess today?’
           
            Sejurus membaca mesej Aril itu, aku bangun dan terduduk di hujung katil. Masih terpinga-pinga. ‘Aku bermimpikah?’ Soalan itu yang berada di  dalam kepalaku. Tidak sempat aku menjawab soalan aku sendiri, tiba-tiba panggilan dari Aril masuk. Aku teragak-agak untuk menjawab, tanpa sedar jariku menekan punat hijau itu.
            “Will you be my princess today?” Itu soalan yang mula-mula keluar dari mulutnya saat panggilan itu dijawab. Sekali lagi aku terpinga-pinga. Kedengaran suara Aril ketawa kecil.
            “Mesti awak terkejut dengan soalan saya kan?”
            Aku mengganguk perlahan. Sedar bahawa dia tidak nampak anggukkan aku, aku terus berkata “Ya.”  Itu sahaja yang mampu aku tuturkan kerana terlampau terkejut.
            “Awak,saya tak main-main.Saya suka awak.”
            Saat tika mendengarkan kata-kata Aril hari itu, jantung ku terasa seakan-akan terhenti berdetak seketika. Aku terdiam. Kelu. Begitu juga dia. Kami berbaik. Setelah sekian lama aku menangguhkan jawapan untuk soalan itu, akhirnya pada 10 haribulan Oktober aku menemui Aril. ‘Ya.’ Itulah jawapan aku. Saat aku berkata ya, dia menjerit kuat. Aku hanya tersenyum. Aku berharap segala-galanya akan berjalan lancar.
            Ya, semuanya berjalan lancar. Hubungan kami berdua mencapai usia setahun. Kadang-kadang kami bergaduh, adatlah. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula manusia yang mempunyai banyak kekurangan. Namun segala-galanya berubah apabila Aril mula seperti menjauhkan dirinya dari aku. Dia jauh berubah dari orang yang mula-mula aku kenal dulu. Kalau dulu, kami selalu berbalas mesej walaupun selalu berjumpa, tapi sejak kebelakangan ini dia sudah jarang bertanya khabar. Aku seperti sudah kehilangan Aril yang dahulu. Aku seperti sudah tidak mengenali Aril yang sekarang. Dia jauh berubah. Ya, aku sepatutnya tidak lupa akan lumrah kehidupan yang semua perkara dan benda akan berubah. Begitu juga Aril. Berat hati aku memikirkan kemungkinan yang menghantui.
            Dia menjadi semakin jauh dariku. Walaupun tiap-tiap hari kami berjumpa sewaktu di kelas, tetapi tidak banyak yang dibualkan. Ada saja alasan yang diciptanya. Hari berganti hari, tahap kesabaranku semakin luntur. Begitu banyak rahsia dan pembohongannya terbongkar. Bukan sekali aku dibisikkan dengan cerita teman-teman yang terserempak dengan Aril dan perempuan lain di luar kampus. Pada mulanya aku tidak percaya shinggalah mata kepalaku menyaksikan sendiri kejadian itu. Saat itu aku menjadi lemah. Aku tidak kuat lagi menelan segala pembohongannya.
            “Anati, kau masih nak beri peluang padanya setelah kau tahu apa yang dia buat pada kau?” Kata-kata Emy terngiang-ngiang ditelingaku.
 “Anati,apa yang kau nak tunggu lagi? Kau tahu yang dia dah banyak bohong kau selama ni. Walau kau suruh dia jujur, dia tetap bohong kau juga kan? Apa lagi yang kau harapkan dari dia? Jangan cakap yang kau masih berharap dekat dia lagi Anati!” ujar Alia apabila melihat aku muram dan sedih.
            “Betul tu Anati. Kalau dia betul-betul sayangkan kau dia tak akan buat kau macam ni. Kau fikir betul-betul. Perkara ni dah terang-terang berlaku yang dia sengaja mendiamkan diri macam  tu saja. Apa lagi yang kau nak nafikan Anati? Kalau dia betul-betul sayangkan hubungan korang, mesti awal-awal lagi dia dah halang kau hari tu kan? Dah tak ada apa-apa yang nak dinafikan lagi Anati.”  Kata-kata Emy benar-benar menyedarkan aku tentang realiti yang sedang berlaku sekarang.
            “Kau kena ingat Anati, kumbang bukan seekor!” Alia menggosok-gosok belakang aku memberi semangat padaku.
            “Anati,kau berhak yang lebih baik dari dia. Aku tahu kau sayang dia, tapi kalau perasaan dia tak sama dengan perasaan kau macam mana? Perjalanan kita jauh lagi Anati. Kau fikirlah baik-baik.” Emy pula yang memberi semangat.
            “Awak,saya nak putus!” Sebak dadaku saat menuturkan kata-kata itu. Hancur berkecai harapan yang aku bina dulu.
            “Kenapa Anati??”
            Aku lihat riak wajahnya asli terkejut sewaktu mendengarkan kata-kata aku itu. Dengan segala kekuatan yang ada, aku luahkan semua yang terbuka dalam hatiku selama ini. Dia hanya diam membisu. Hanya tunduk mendengar, membiarkan aku berkata-kata. Setelah semuanya telah aku keluarkan dia masih tetap begitu. Langusng tidak mengiakan dan tidak pula menidakkan. Oleh kerana aku sudah tidak mampu lagi berdepan dengan sandiwara itu, aku bingkas berdiri.
Aku tidak kuat lagi berada di hadapan orang yang telah menyakitkan hatiku. Aku tak boleh bagi dia nampak kekurangan aku. Aku bodoh kerana mempercayai dan menyayanginya sebelum ini. Perlahan aku atur langkah dalam menahan pedih. Sedikit pun pemergian aku tidak dihalang. Aku akur. Hubungan ini sudah berakhir buatnya. Aku tidak perlukan jawapan. Cukuplah aku sekadar tahu, dia sudah berubah arah. ‘Semoga kau bahagia Aril dengan mahligai barumu yang kau bina dari air mata aku.’ Aku berlalu pergi meninggalkan Aril di situ.
Aku tahu, setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.Antara aku dan Aril sepertinya sudah tiada jodoh.Aku hanya merancang manakala Allah SWT menentukan segala-galanya. Namun semua yang berlaku telah mematangkan aku. Sememangnya belajar dari kesilapan itu sungguh perit, seolah luka berdarah  dilumur garam, namun sebenarnya pengalaman itulah yang benar-benar lekat di halaman hidupku. menjadikan aku seorang insan yang lebih pandai dari semalam. Lebih pandai, agar tidak lagi memilih ‘kaca’.
Aku memohon pada Allah SWT supaya diberikan kekuatan dan ketenangan untuk menghadapi semua ini. Berakhirlah kisah antara aku dan Aril walau ia terhenti dengan tanda tanya. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Allah SWT tidak akan menguji hamba-hambanya melebihi apa yang hambanya mampu. Mulanya aku tidak kuat kerana aku harus berhadapan lagi dengannya memandangkan kami sekelas. Namun, semangat dari Alia dan Emy menjadikan aku mampu menempuhinya. Alhamdullilah. Aku dapat melupakannya walaupun belum sepenuhnya. Sesungguhnya tiada cinta yang yang lebih agung melainkan cinta kepada-MU ya Allah!
Aku ketawa sendiri mengenangkan peristiwa masam manis itu. Cinta monyet kalau boleh aku klasifikasikan cinta aku dan Aril. Entah kenapa aku boleh tewas pada perasaan saat itu. Mungkin desakan naluri remaja. Aku tergelak lagi. Hari ini aku akan tinggalkan kampus ini bersama kenangan bersama Aril.
Kini, aku akan meninggalkan IPG ini. Segala-galanya berubah. Aku kini menjadi makin kuat dalam menempuh arus kehidupan yang penuh dengan onak dan duri. Terima kasih kepada masalah dan dugaan yang telah mematangkan aku. Aku telah berjaya memegang erat segulung ijazah dalam bidang pendidikan dan akan menjadi seorang guru. Aku, Emy dan Alia masih kekal sebagai kawan rapat walaupun jarak yang jauh memisahkan kami bertiga. Buat Aril, aku doakan kau berjaya dan bahagia dengan kehidupan kau. Selamat tinggal dunia remajaku,selamat datang dunia dewasaku! Aku tersenyum puas..


written by : AjeErahAluwi
editted by : Nur Anis Farahiyah

---> slmt mmbaca ! ^^,

Friday, November 18, 2011

DoSa yanG leBih BESAR daRi ZinA

Salam .. ^^,
---> Tahu x kwn2 , dosa ap yg lbh BESAR dr zina ?
Alhamdullilah , cerita nie memberi aku pengingatan yg sgt brguna ..
* semoga ia jge menjd pengingatan kpd kwn2 smue .. ^^,


---> Dosa yang lebih besar dari berzina
Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.


Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam.

Maka terdengarlah ucapan dari dalam,
"Silakan masuk"

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya
berderai tatkala ia berkata,
"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik..

"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina".

Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik,
"Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa..

Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"

Nabi Musa terperanjat.
"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?"
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

"! Ada!" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan
tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.


Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

( majulah diri utk aGama ! ) ^^,

ReSepi SpaGhetTi UdanG ^^,

-----> Suka mkn spaghetti x ? Nie ad stu resepi yg muudahh n sedap ! try k ?


Bahan-bahan ( 1~2org )

  • 200g spaghetti
  • 4 sd besar minyak zaitun (minyak masak pon ok)
  • 12~15 ekor udang yg dikupas kulit
  • 4 kpg cendawan
  • 3 ulas bwg putih diracik halus
  • 2 sd besar sos tomato
  • tomato (optional)
  • serbuk parsley (optional)
  • garam dan sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara

  1. rebus spaghetti dlm air panas yg telah dimasukkn sedikit garam dan 1 sd minyak(nk bg x nk melekat)
  2. bila spaghetti dh siap dicelur, toskn.
  3. dlm kuali, panaskn minyak. Tumis bwg putih sampai wangi.
  4. masukkn udang, gorengkn sebentar. Kemudian masukkn cendawan dan goreng lg.
  5. Masukkn spaghetti,tomato dan sos tomato. Tambah lada hitam dan garam.
  6. bila nk dihidangkn, boleh la ditabur dgn serbuk parsley.
  7. Nota: Ms rebus spaghetti tu, nk th dh cukup masak ke x, ambik sedikit spaghetti dan balingkn ke dinding. Kalo melekat kt dinding tu, dh bole diangkat dan ditoskn.

    -----> * cuba tau ? bezz .. ^^,

Thursday, November 17, 2011

BeautiFul Girls ... ^^ ( peruT )

 Perut buncit / agk maju ke dpn ? hehe ..^^,
tak best kn ? malu pom ad .. tp skrg , no more !
cuba petua nie k girls .. ^^,

* jika anda mkn nasi , jgn disulami air ..
* ini utk mengelakkn perut buncit / maju ke dpn ..
* sebaliknya minum 2 / 3 jam slps mkn ..

----> ok ? slmt mencuba ! ^^,.

BeautiFul Girls ... ^^ ( Bulu Mata )

Nak bulu mata lentik tak ?
mesti nak kn ? ha , nie ad stu tips .. hehe .. ad kwn yg cuba , n guess what ? mmg cantik laa !
 

* Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata cute anda  sebelum tidur.
* Lakukannya berterusan yer ? ^^,

-----> cuba tau ?
          wink-wink ^^,

BeautiFul Girls ... ^^ ( BiBir)

Mesti ramai yg ad mslh bibir hitam kn ? ^^,
mcm sy ! hehe .. Ni ad petua nye .. slmt mncuba ..^^,


* Sapu sedikit mentega / majerin pada bibir comel anda sebelum sleeping ! ..
* Amalkan setiap hri ye .. ^^,

----> InsyaAllah keputusannye *memuaskan* 

gud luck !

Wednesday, November 16, 2011

CANTIK DALAM ISLAM

Rasulullah SAW dengan sahabat-sahabatnya – Abu Bakar r.a., ke rumah Ali r.a.
Di rumah Ali, isterinya, Sayidatina Fatimah r.a., puteri Rasulullah SAW menghidangkan mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik.

Semasa menghidangkannya, terdapat sehelai rambut di dalam salah sebuah mangkuk itu.
Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya agar membuat suatu perbandingan terhadap ketiga-tiga benda tersebut – mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.
Abu Bakar r.a. berkata:

“Iman itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis daripada madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut.”
Osman r.a. berkata:
“Ilmu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis daripada madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”
Ali r.a. berkata:
“Tamu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis daripada madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”
Fatimah r.a. berkata:
“Seorang wanita itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik. Wanita yang berpurdah itu lebih manis daripada madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit daripada meniti sebuah rambut.”
Rasulullah SAW bersabda:
“Seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis daripada madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”
Malaikat Jibril a.s. berkata:
“Menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk urusan agama lebih manis daripada madu, dan mempertahankan urusan agama sampai akhir hayat lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”
Allah SWT berfirman:
“Syurga-Ku itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik itu, nikmat Syurga-Ku itu lebih manis daripada madu, dan jalan menuju Syurga-Ku adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”