It doesn't matter where you go in life ,
what you do or how much you have ..
it's who you have beside you ..
i'm so glad i have you ! ^^,

Monday, December 31, 2012

paDa maLam itU ........ ^^,


Bunyi cengkerik masih sahut sahutan, keberadaannya mungkin di sebuah bilik berwarna merah jambu milik seorang gadis muda belia, Ya..
Ahh! Ditariknya selimut usang pemberian ibunya ketika menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-7. Budak penakut ini tidak pernah lena tidurnya di malam hari. Ada-ada sahaja yang menganggunya. Semuanya ibarat menaruh dendam tak berkesudahan dengan Ya. Selayang mimpi menjemput, kedengaran bunyi kipas dan angin yang menderu-deru menerobos masuk melalui tingkap kayunya yang terbuka.
Dengan malasnya, Ya bangun dan menutup kuat jendela yang terbuka. Sekilas Ya terlihat kelibat ranting pohon markisa meliuk lentok ditiup angin malam…terngiang-ngian cerita hantu yang diceritakan oleh rakan-rakannya semasa ketiadaan guru matematik tambahan di sekolah petang semalam… Ya dibayangi “pokya’k” duduk bertenggeng di julai pohon rambutan berhadapan dengan biliknya dan tiba-tiba..
GELAP!
ARGGHHH!!.Ya menjerit sekuat hati tetapi sayang, Jeritannya tenggelam dek kuatnya kilat yang berdentum Semua ahli keluarganya di rumah banglo kayu 8 bilik itu tidak memberi sebarang tindak balas.. tidur mati semuanya.. Hampa.. dan sekali lagi, Ya dikejutkan oleh bunyi jendela biliknya dihempas kuat kedinding sekalian  terpacul cahaya putih menyambar pohon kelapa tua yang paling tinggi di dalam pagar rumahnya.
GRUHHHMMM!!! Kilat sabung menyabung. Angin bertiup kencang, cukup untuk meniup baju sekolah putihnya yang samar-samar kelihatan berayun-ayun ditiup angin kencang di malam yang tiada belas kasihan..
Angin bertiup ganas dan membuatkan Ya menggigil kesejukkan.Kain selimut yang dari tadi membaluti tubuhnya terasa terlalu nipis pada waktu itu.Ya memandang ke kiri dan kanannya.Namun apa yang dilihatnya hanyalah kegelapan semata-mata.Ya menjadi buntu.Matanya sudah berair hanya tinggal untuk menitis sahaja.
Mata bundar Ya terpandangkan cahaya yang agak terang di dada langit yang menerangi seluruh biliknya itu.Tidak lama kemudian satu bunyi guruh yang amat kuat kedengaran.Ya menutup telinganya dengan kedua-dua belah tangannya.Kemudian dia teringat kata-kata kawannya, “Kalau dengar bunyi guruh,jangan tutup telinga nanti boleh jadi pekak!” Entah benar entah tidak kata-kata kawannya itu.Di luar hujan semakin lebat.Bunyinya semakin kuat apabila air hujan jatuh ke atas atap rumahnya.
“Mak!” Ya menjerit memanggil ibunya.Namun itu semua hanya sia-sia kerana suaranya ditenggelamkan oleh bunyi hujan yang terlalu kuat itu.Akhirnya air mata yang ditahannya kini sudah mencurah keluar membasahi pipinya.Tiba-tiba Ya teringat akan lampu suluh yang berada di dalam laci di tepi katilnya.Ya meraba-raba mencari lacinya.Apabila jarinya sudah menyentuh laci itu,Ya terus membukanya.Jarinya ligat meraba-raba di dalam laci untuk mencari lampu suluh.Ya menekan butang yang ada pada lampu suluh itu,namun tidak ada cahaya yang keluar.Mungkin sudah kehabisan bateri. “Waktu macam ni lah tak ada bateri!” rungut Ya lalu membaling lampu suluh ke atas katilnya dengan geram.
Tiba-tiba Ya terdengar satu bunyi.Dia yakin bunyi itu dating dari luar rumahnya.Namun ketakutan menghalangnya daripada bangun dan melihat apa sebenarnya yang berbunyi itu.Semakin lama bunyi itu menjadi semakin jelas kedengaran.Bunyi itu seperti bunyi seseorang mencangkul tanah.Jika difikirkan secara logiknya siapalah yang mencangkul tanah pada tengah malam begitu.Tak kan ada orang nak bercucuk tanam pada tengah malam,fikir Ya.
Bunyi itu masih kedengaran walaupun sudah beberapa minit berlalu.Ya memberanikan dirinya untuk bangun dan melihat sendiri dengan matanya.Tingkap kayunya dikuak perlahan.Matanya meliar mencari dari mana bunyi itu datang.Dalam suasana malam yang gelap gelita,agak sukar baginya untuk mencari dari mana bunyi itu datang.Kemudian mata Ya terhenti pada satu susuk badan yang berada di tanah lapang di hadapan rumahnya itu.Ya mengecilkan matanya untuk melihat dengan lebih jelas lagi.Namun pandangannya terbatas.Kemudian dia merasa bulu romanya tegak berdiri.Tiba-tiba dia terasa seram sejuk.Ya memandang ke kiri dan kanannya.Jantungnya berdegup laju.Dia menutup kembali tingkap kayunya dan kembali ke atas katil.Ya menarik semula kain selimut membalut tubuhnya.
Malam itu terasa sangat panjang bagi Ya.Susuk tubuh yang baru dilihatnya tadi masih lagi bermain ditubir matanya. “Argh!” Ya menjerit.Kini Ya dibayangi oleh susuk tubuh seseorang yang berada di tanah lapang dan sedang mencangkul tanah itu.Hujan yang tadinya semakin reda kini lebat semula.Diikuti dengan bunyi guruh dan kilat yang sabung-menyambung.Sesekali kilat menerangi bilik Ya.

Akhirnya Ya mengambil keputusan untuk melelapkan matanya.Perlahan-lahan Ya baring di atas katil yang empuk itu.Kain selimut ditarik sehingga paras dada.Ya cuba memejamkan matanya namun susuk tubuh seseorang yang dilihatnya tadi masih kelihatan bermain-main ditubir matanya.Ya teringat pesanan opah, “Sebelum tidur baca doa supaya tidak diganggu oleh makhluk halus.” “Hantu wujud ke opah?” soal Ya.Waktu itu umurnya baru sepuluh tahun.Opah tersenyum sambil menggosok-gosok belakangnya. “Bukan manusia saja yang menjadi penghuni dunia ini Ya.Makhluk-makhluk lain pun ada.Tapi asalkan kita ingat pada ALLAH SWT,insyaALLAH tidak ada apa-apa yang mengganggu kita.” pesan opah.Kini opah Ya sudah meninggalkan dunia yang fana ini dan kembali kepada pencipta.Sudah empat tahun arwah pergi.Ya membaca beberapa surah di dalam hatinya.
Akhirnya Ya tertidur jua.Namun bunyi guruh yang teramat kuat itu menyedarkannya dari tidur lenanya itu.Saat matanya terbuka biliknya menjadi cerah oleh kerana cahaya kilat yang terang. “Astarghfirullahalazim!” Ya meraut wajahnya dengan kedua-dua belah tangannya.Tiba-tiba Ya terasa untuk melihat sama ada susuk tubuh yang dia nampak tadi masih ada di situ atau tidak.Perlahan-lahan Ya menolak tingkap kayunya.Matanya terus terpacak pada susuk tubuh yang sama di tanah lapang itu.Anehnya susuk tubuh itu  masih lagi melakukan aktiviti yang sama seperti tadi.Sekali lagi jantung Ya berdegup laju.Tangan dan kakinya menjadi sejuk.Tiba-tiba susuk tubuh itu berpusing dan memandang ke arahnya.
Ya segera menutup kembali tingkap kayu biliknya.Ya ketakutan.Jantungnya berdegup kencang seperti baru sudah menamatkan larian tiga kilometer.Tiba-tiba Ya terasa ada seseorang memerhatinya.Perlahan-lahan dia berpusing.Namun dalam keadaan gelap gelita itu dia,tidak ternampak sesiapa.Bulu romanya sudah berdiri tegak.Ya membaca ayat kursi di dalam hatinya sambil melangkah ke katilnya semula.Dia terus berbaring.Kemudian dia terasa ada ‘sesuatu’ yang turut berbaring di sebelahnya yang sedang mengiring itu.
Oleh kerana terlalu takut,air matanya sudah mula mengalir keluar.Ya menggigil ketakutan.Dia takut untuk berpusing memandang ‘sesuatu’ yang berada disebelahnya di atas katil itu.Ya membaca beberapa surah serta ayat kursi.Namun ‘sesuatu’ itu masih belum hilang.Air mata Ya makin laju mengalir membasahi pipinya dan juga bantal yang menjadi alas kepalanya.Akhirnya berbekalkan kekuatan yang ada dalam diri Ya,akhirnya Ya memusingkan badannya dan dia nampak ‘sesuatu’ yang sedang berbaring disebelahnya itu.
Ya mengurut-ngurut dadanya. “Fuhh!” Satu perkataan keluar daripada bibirnya.Kemudian Ya terus ketawa. ‘Sesuatu’ yang disangka hantu itu rupanya bantal peluknya yang berbaring disebelahnya. “Penakut betullah kau ni Ya,pasal bantal peluk pun kau nangis!” katanya dalam ketawa yang masih tersisa.
Ya masih ketawa ketika pintu biliknya diketuk dari luar.Ketawa Ya terhenti saat telinganya menangkap bunyi ketukan di pintu biliknya.Ketukan itu masih tidak berhenti. “Siapa?” soal Ya.Namun tiada sesiapa yang menjawab pertanyaannya.Buat yang kesekian kalinya jantung Ya berdegup laju.Ya menggurut-ngurut dadanya.Ini kalau orang sakit jantung,dah lama jalan,gerutu hatinya.Ketukan di pintu itu masih lagi berbunyi.Ya masih lagi berkira-kira sama ada mahu membuka pintu itu atau tidak.
Akhirnya Ya mengambil keputusan untuk membuka pintu biliknya itu dan melihat siapa yang mengetuknya.Pintu biliknya dikuak perlahan-lahan. “Yaa..” mendayu-dayu suara yang sedang berdiri tegak dihadapan biliknya itu.Kemudian, “Aaaaa!!” Ya menjerit kuat.Dia memukul-mukul kuat tubuh yang sedang berdiri di hadapannya itu.Orang yang dipukul oleh Ya itu turut menjerit.Kemudian Ya terdengar suara mak dan ayahnya yang menghampirinya dengan lampu suluh.Saat mak dan ayah berdiri betul-betul di hadapan Ya dan orang yang dipukulnya itu dan apabila lampu suluh di suluh ke arah Ya dan orang yang dipukulnya tadi,mak kemudiannya menjerit kerana terkejut.Mana tidaknya,kakak Ya iaitu Ana kelihatan seperti hantu dengan bedak sejuk yang bertepek dimukanya itu dan baju kelawar yang tersarung pada tubuhnya itu.
“Kenapa menjerit-jerit ni?” soal ayah sambil menghalakan lampu suluh ke arah Ya.Ya menutup matanya dengan tangan kerana cahaya lampu itu sangat menyilaukan matanya.
“Ya ni tiba-tiba menjerit!” marah Ana sambil memukul perlahan bahu Ya.
“Dah tu,siapa tak menjerit kalau muka tu macam hantu!” balas Ya membela diri.
“Dah-dah pergi tidur semua!” Akhirnya ayah meleraikan keadaan.
“Kakak,malam ni Ya tidur dengan kakak boleh?” pinta Ya penuh mengharap.Dia sudah tidak sanggup untuk masuk ke dalam biliknya lagi.Biarlah malam ini berlalu dahulu.Ya masih tidak berani untuk melangkah masuk ke dalam biliknya itu.
“Apasal pulak?” soal Ana.
“Bolehlah kakak?”
“Hmm…yelah!” Ya mengekori Ana ke bilik.Malam itu dia tidur bersama kakaknya,Ana.Akhirnya malam yang penuh dramatis itu telah pun berakhir.Namun apa yang masih bermain dalam fikiran Ya ialah tentang susuk tubuh yang dilihatnya di tanah lapang itu.Ya langsung tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapa pun kerana bimbang diketawakan.Namun perkara itu masih menjadi misteri dan dia yakin waktu itu dia tidak bermimpi.
Setelah bersiap-siap pagi itu,Ya melangkah ke dapur namun tidak ada sesiapa di situ. “Mak!” laung Ya.Namun suasana rumah banglo 8 bilik itu masih lagi sunyi.Kemudian Ya terdengar riuh-rendah di luar rumahnya.Orang ramai berkumpul di tanah lapang di hadapan rumahnya itu.
Ya memanjangkan lehernya mengintai dari anjung rumahnya namun pandangannya terbatas dek ramai orang yang berkumpul di situ.Anehnya,polis forensik juga turut berada di situ.
“Mak cik,ada apa dekat tanah lapang tu?” soal Ya apabila jirannya lalu dihadapannya.
“Polis menjumpa mayat bayi yang tertanam di situ.”
Ya terpana.Kejadian semalam berputar kembali.Ya terus melangkah laju ke arah tanah lapang itu.Dia ternampak lubang yang digali oleh anggota polis.Jika tidak silap percaturannya di situlah tempat dia ternampak susuk tubuh yang mencangkul tanah semalam.Namun malangnya Ya tidak ternampak langsung wajahnya kerana terlalu gelap.Dia juga tidak tahu sama ada susuk tubuh itu kepunyaan lelaki atau perempuan.Semua itu langsung tidak membantu jika dia menceritakan perkara itu kepada polis.Lagi pun dia tidak tahu bagaimana ingin memulakan cerita itu kerana kejadian semalam terlalu dramatis.Ya kemudian berjalan pulang ke rumah semula kerana dia sudah lewat untuk ke kelas tambahan di sekolahnya.
Akhirnya misteri susuk tubuh yang mencangkul tanah itu terjawab juga walaupun masih tidak tahu siapa.Beberapa minggu selepas kejadian itu,akhirnya pihak polis berjaya menangkap pesalah tersebut.Lelaki yang berumur 20-an disyaki menanam mayat anaknya yang dipercayai anak luar nikah di tahan dengan bantuan beberapa pihak.Segalanya sudah terungakai.Kini Ya sudah semakin berani cuma kadang-kadang sahaja perasaan takut itu muncul.Ya menjadi seorang gadis yang lebih berani,kuat dan bersemangat kental selepas itu dan kain selimut yang menjadi saksinya pada malam itu masih lagi menemaninya tiap-tiap malam semasa lenanya. 

G@d!s aiR mAta .. ^^, no.7

hellooo !! yuuhuuuuuu .. Ya Allah , lme nye x bkak blog ni .. dh berdebu + berkerawang skali ha .. hahaha .. mcm2 yg aku alami slame bbrpe bln nim .. yg pling pnting , aku dh hbs spm daa .. spm yg sgt2 mendebarkan .. n most interesting , now , i'm still with mr.pokok nyior ! hahaha .. ummm , skrg aku ingt aku nk tukar nme dia ke nama mr.teddy bear !!! hehehe ( sbb dia ad bg aku teddy bear yg sgt cute ! ) woohoo .. mcm2 yg jd dgn hbungn aku ..dr kess slh fhm , bergduh , berbaik smule , kes curang , n soooo on .. but now , aku berdoa pd Allah spaya pnjgkn jdoh kmi berdua .. amin :) bnyk yg aku nk cerita ni .. tp mata dh layu sgt2 ! hahaha .. esk dh new year .. Alhamdulillah dpt hbiskn thn ni n tempuhi plbgai dugaan n rintangan .. phit manis 2012 always in my mind ! so , stakat ini dlu , see u againn .. :3 hehe .. bubbye .. muaahhhh :*