It doesn't matter where you go in life ,
what you do or how much you have ..
it's who you have beside you ..
i'm so glad i have you ! ^^,

Sunday, December 18, 2011

~ SYURGA CINTA ~

- JODOH DARI SYAITAN .
kamu berdua berkenalan ,
berpegangan tangan ,
dan terus buad maksiat ,
akhirnya si perempuan mengandung ,
... baru kamu menikah ,

- JODOH DARI JIN .
kamu berdua berkenalan ,
kamu suka kan si perempuan ,
tapi si perempuan tak suka kat kamu ,
kamu bomohkan dan sihirkan agar si perempuan suka kepada kamu ,
dan kamu berdua menikah .

- JODOH DARI ALLAH .
kamu berdua bertentangan mata ,
terus menusuk ke kalbu ,
kamu terus meminang si perempuan ,
dan si perempuan menerima pinangan kamu ,
dan kamu berdua menikah ,
insya allah berkekalan hingga akhir hayat .
DAN ITU LAH YANG DINAMAKAN ' Syurga Cinta '

Wednesday, December 14, 2011

~ sOmethInG to SharE herE ! ! ^^,

~ korang ad masalah ni x ? - MUDAH LUPA ..
ad yang angguk , ad yg menggeleng .. hihihi

* spe-spe yg angguk tu , ni haa ad sdikit tipppsss utk andaaa .. :-

  • Kurangkan makan bawang besar
  • Kurangkan makan berempah
  • Kurangkan makan ketumbar kering
  • Kurangkan menonton hiburan
  • Kurangkan membaca majalah hiburan
  • Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  • Kurangkan minuman air sejuk, minuman dalam tin
  • Kurangkan makan organ dalaman ayam
  • Jangan makan kepala ikan
  • Jangan minum air yang ada semut
  • Jangan tidur selepas subuh
  • Jangan tidur selepas asar
  • Jangan tidur selepas makan
  • Jangan makan terlalu kenyang
  • Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
  • Jangan menyapu rumah pada waktu malam
  • Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  • Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
  • Jangan minum susu selepas memakan daging atau ayam

yuMMyy ~ Resepi apam POLKADOT ................

                                                    ~APAM POLKADOT YG CUTEEE~

Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna
**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
Cara-cara penyediaan apam polkadot
1. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain(masukkan susu, tepung dan last sekali ovelette. Then, masukkan esen vanilla) dan mix lagi sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.
* jgn lpe memcuba yer ! Rugi kalau x cuba .. ^^,

Friday, December 9, 2011

G@d!s aiR mAta .. ^^, no.6

Tidak dinafikan kehidupan single ni memang best .. betul tak sesiapa yang single ? hehe .. Korang nak tahu , kisah percintaan aku ni memang menyakitkan hati .. Kadang-kadang tu rasa macam bodoh sangat-sangat .. Kenapa ? Hurm ~ Lepas putus tu aku dengan pokok nyior couple balik .. Ni dah kire rujuk yang ke 2 dah ! Ayoo .. Tapi manusia , banyak kekurangan .. Mesti korang cakap bodoh aku kan sebab couple balik .. Yalah , mana tahu masa depan nanti putus balik .. Who knows right ? ^^, Tapi aku tetap couple balik dengan pokok nyior tu .. Aku ada tanya pokok nyior , nanti kalau ma dia tahu aku dengan dia couple balik macam mana ? Tapi dia cakap tak apa .. Aku pun malas lah tanya banyak-banyak .. Adat manusia , bila dia nak sesuatu dia akan usahakan dengan bersungguh-sungguh , apa-apa pun sanggup dilakukan namun bila dia dah dapat apa yang dia nak , diabaikan macam tu aje .. Benda macam tu yang terjadi dekat aku sekarang .. Memang tidak dinafikan pokok nyior tu selalu cakap yang dia sayang aku tapi sejak kebelakangan ini dia macam semakin menjauh dari aku .. Aku pun dapat tahu beberapa rahsia yang dia sorokkan dari aku .. Beberapa pembohongannya juga terbongkar .. Tak perlulah aku sebutkan di sini .. Tapi yang penting ia betul-betul menyakitkan hati aku sebagai  perempuan .. Ada jugak lah masa aku bergaduh dengan dia .. Yalah , sedangkan lidah lagi tergigit , ini pula hubungan sesama manusia .. Aku rasa dah terlau banyak aku bersabar dengan dia .. Aku rasa dia dah anggap aku macam boneka dia .. Kalau aku lambat balas mesej dia , memang dia melenting tapi bila dia lambat balas mesej aku , aku cakap ; " tak apa ! " Kenapa aku cakap cam tu ? sebab aku tak nak penjangkan cerita , kalau panjang kan cerita nanti tak pasal-pasal aku gaduh dengan dia .. Aku sayang kan dia .. Aku perasan sejak kebelakangan ini dia suka marah-marah .. banyak perkara yang dia buat yang memang menguji tahap kesabaran aku .. Namun aku tak nak ungkit mengenai itu .. Aku sayangkan hubungan kami ..Satu hari tu , dekat sekolah .. Pokok nyior tak datang sekolah memandangkan exam sudah pun habis .. Tapi aku kan budak rajin , bukan main lagi pergi sekolah .. Tapi duduk kat sekolah , aku melepak .. Tengah-tengah melepak aku cakap dengan kawan-kawan aku .. Antaranya ; Shippuden dengan Golgano .. Masa tu adalah seorang ustazah yang jaga kelas aku .. Tapi dia buat kerja dia sendiri .. Aku pun bercakap-cakap dengan Shippuden and Golgano .. Topik yang aku bincangkan masa tu ialah mengenai Pokok nyior .. Aku pun rancang nak main-main dengan pokok nyior .. aku suruh Shippuden cakap dekat kawan-kawan Pokok nyior tu yang aku mintak putus .. Masa Shippuden nak cakap dekat kawan-kawan Pokok Nyior tu , dia tercakap kuat .. Ustazah tu pun terdengar .. ( Untuk pengetahuan korang pokok nyior tu agak terkenal di kalangan cikgu-cikgu ) Tapi Shippuden belum sempat menyampaikan pesanan penuh , dia hanya sempat cakap yang aku suruh cakap dekat pokok nyior .. Itu saje .. Yang sambungan tu tak sempat cakap lagi .. Ustazah tu tengok dekat aku .. ( satu lagi korang kena tahu , ustazah ni tengah mencari orang yang bercouple dekat sekolah .. Dia memang nak ganyang habis orang yang bercouple nieh ! tu yang aku takut tu .. )  Ustazah tu pun tengok aku and dia cakap ; " saya dah tahu ! Tak payah nak sorok lah , saya tahu .. " Hah ! ambik kau .. Berdebar-debar aku waktu tu .. Lepas tu ustazah tu pun tanya ; " awak tak pernah date dalam kawasan sekolah kan ? " Aku pun cakaplah ; " Tak pernah ustazah ! "  * ini bukan tipu ya .. Aku memang tak pernah date dalam sekolah .. Setakat jumpa , cakap-cakap tu ada .. Tapi bukan berdua je , kawan-kawan aku ramai .. Lagi pun kitaorang cakap dekat tempat terbuka bukan tempat tertutup .. Lepas tu , tiba-tiba Golgano pun menyampuk ; " eh , kau bukan  ke pernah date dalam sekolah ? "  Nah , ni memang aku tak suka sekali ! Aku memang terkejut sangat , aku pun tengok Golgano .. Shippuden pun terkejut .. Kawan-kawan pokok nyior pun terkejut .. Diaorang tak sangka kawan baik aku sendiri cakap macam tu .. Ustazah pun apa lagi , terus menyoal .. Tapi akhirnya aku terlepas .. lepas kejadian tu berlaku , aku pun pinjam handphone Shippuden and hantar mesej dekat pokok nyior .. Mesej yang aku hantar berbunyi begini ; saya mintak putus ! ( untuk pengetahuan korang , sebenarnya aku saja nak tengok reaksi pokok nyior tu .. Aku nak tengok sama ada dia betul-betul sayang aku ke tak .. Korang nak tahu apa hasilnya ? To be continued in G@d!s aiR mAta .. ^^, no.7

Thursday, December 8, 2011

G@d!s aiR mAta .. ^^, no.5

Hari ini dah 11/11/10 .. Korang nak tahu hari ini anniversary ma and abah aku ! waaa .. ^^, ( semoga kekal hingga ke hujung nyawa ma & abah ! )
  Tapi korang nak tahu , hari ini merupakan hari yang sangat sedih buat aku .. Kenapa pulak ? Huh ! Macam ni kisahnya ;
  Dalam perjalannan balik dari rumah tokki aku , hanya aku , ma dan adik aku aje .. Ma cakap yang abah aku cakap dia tak suka kalau anak-anaknya bercinta masa belajar .. Dia tak nak anak-anak dia jadi macam tu .. Yang paling memedihkan , ma aku ada cakap - Abah kata abah tak kan mengaku anak kalau menda pelik-pelik jadi .. Abah masih boleh memaafkan kesalahan
lain yang aku lakukan tapi tidak kalau berkaitan couple nie .. Abah tak kan beli apa-apa yang aku nak .. ! Ambik kau ! tersedak aku masa tu .. Apalagi , tak kan lah nak mengaku kan ? Mana ada malin mengaku malin .. - maksud nye ; mana ada pencuri mengaku mencuri ! Hehe .. Lepas aku sampai rumah tu , aku terus masuk bilik .. Fikir punya fikir , aku buat keputusan untuk memutuskan hubungan aku dengan pokok nyior .. Sempat jugak lah air mata aku menitis waktu tu .. Tapi sebelum aku cakap sendiri dengan pokok nyior , aku call kawan baik aku dulu ; sweet .. Aku cerita segala-galanya .. Satu persatu .. Dia terdiam , begitu juga aku .. Namun ingat lah satu perkara ini , apa-apa pun IBU BAPA PALING PENTING DALAM HIDUP KITA DARI KEKASIH .. TANPA IBU BAPA , SIAPALAH KITA ! Oleh sebab aku tak mampu nak cakap sendiri dengan pokok nyior , aku pun suruh kawan baik aku tu untuk bercakap sendiri dengan pokok nyior .. Jahat aku kan sebab tak bagi tahu sendiri dekat dia , tapi aku betul-betul tak mampu .. Tidak lama selepas itu , pokok nyior pun call aku .. Teragak agak aku menjawab call dia thu .. Ni sedikit sebanyak perbualan aku dengan pokok nyior ;
   pokok nyior - akpe awak ?
   Aku hanya diam .. Sebenarnya waktu tu aku sedang menangis ..
   aku - Sweet cerita dah kan kat awak ?
   pokok nyior - ya , tapi saya nak dengar sendiri dari mulut awak !
   Aku pun cerita lah segala-galanya .. Disulami dengan air mata yang jatuh berderai ..Dia hanya membisu .. Aku faham apa yang dirasainya sekarang .. Akhirnya hubungan aku dengannya pun berakhir pada tarikh 11/11/10 .. T_T    tapi pokok nyior cakap , dia bukan anggap hubungan kitaorang putus , tapi cuma pisah sementara .. Sedih toll aku masa tuh .. Namun itu adalah keputusan aku .. namun segalanya tidak terhenti begitu sahaja , kitaorang tetap bermesej-mesej lagi .. Last-last dia mintak couple balik , tapi aku tetap cakap tak nak .. Korang tahu apa yang aku cakap kat dia supaya dia tak nak couple lagi ? Aku cakap ; "Awak , saya mintak maaf tapi perasaan sayang saya dekat awak dah tak ada ! Saya tak sayang dah awak ! "  - Ha , kejam kan aku masa tu ? Aku terdengar dia menangis .. Terdengar esakkan pokok nyior tu .. Tapi apa boleh buat ? Tu aje yang aku boleh buat supaya dia tak lagi mengharapkan aku .. Ish ish ish .. Kejam betul .. Namun alasan aku tak menjadi kali ini .. Dia tetap nekad nak jugak ! Lelaki memang macam tu kan ? selagi tak dapat , selagi tu dia usahakan .. And hati perempuan ni lembut , cepat cair .. Akhirnya 28/2/11 aku couple balik dengan pokok nyior .. Atas pilihan aku and pendapat kawan aku .. Haha .. teruk betul aku kan ?
  Korang tahu pokok nyior dah tak berapa layan dah aku sekarang .. Sedih sangat aku masa tu .. Even dia selalu cakap dia sayang aku , tapi aku tetap curiga dengan dia .. Yelah kan , mana tahu kalau dia ni spesis ' crocodile brand ! ' Tapi aku sabar aje masa tu .. One fine day , malam masa tu .. Aku pun buka facebook .. ( banyak kegunaan facebook masa nie .. hehe ) Tiba-tiba aku terbaca komen si pokok nyior tu dengan seorang kawan dia .. Cam gini bunyi nya ; -  Weh , tolong arr aku .. Aku dok tahu nak cakap macam mana dengan dia .. Tolong arr aku ! ; -    Lepas tu kawan dia pun komen , ; -  mu kabo je dekat dia yang mu sayang dia .. Senang .. ; -  * kalau korang lah kan , apa yang korang rasa ? Pelik kan ? Kalau pokok nyior tu nak kabo yang dia sayang aku , kenapa dia nak mintak pertolongan kawan dia ? Kan kan ? Uish , bukan main lagi debar aku masa tu .. nak terkeluar jantung aku ! Aku pun komen lah sekali  ; - Nak kabo nape ? nak kabo kat sape ? hah ? ; - cam tu lah aku komen ! Kawan pokok nyior tu pun komen ; - pokok nyior nak kabo kat awak lah .. ye sayang awak ! ; - Tapi pokok nyior tu senyap aje .. dia tak komen apa-apa pun .. Macam aku couple dengan kawan dia pulak kan ? Kalau betul apa yang kawan dia cakap tu , kenapa pokok nyior senyap je ? Tu buat aku makin curiga .. Tiba-tiba kawan pokok nyior tu ( bukan pokok renek , ni pokok lain pulak ! pokok bunga tahi ayam ! haha )



  Pokok bunga tahi ayam - dia nak cakap yang dia sayang awak sebenarnya ..
  aku - tak payah nak tipu lah ! saya tahu awak tipu , kabo je lah !

( darah aku dah mendidih dah masa tuh ! )

  Pokok bunga tahi ayam - ok ok .. Tapi saya nak awak sabar banyak-banyak ok ?

Ha, dah kalau pokok bunga tahi ayam cakap macam tu , mesti lah benda yang pastinya menyakitkan hati kan ? Makin lah aku berdebar , jantung pun melompat keluar dari tempat dia tapi aku letak balik ! Hehe ..

aku - cakap lah cepat !
pokok bunga tahi ayam - macam ni , pokok nyior terpaksa mintak putus dengan awak ..dia bukan sengaja tapi dia terpaksa .. Ma pokok nyior suruh dia putus dulu sebab pelajaran dia merosot ! jadi dia terpaksa mintak putus dengan awak .. tapi dia sayang awak .. Awak sabar ok ?

Hah ! Satu bom atom meletup atas kepala aku .. Air mata aku yang comel tu pun menghiasi pipi aku .. Aku betul-betul sedih ..

aku - bakpe dia tak cakap sendiri ?
pokok bunga tahi ayam - sebab dia tak sanggup nak cakap dengan awak .. Dia sedih sangat-sangat .. Dia takut dia nangis !

Aku pun menangis lagi masa tu .. Tak disangka-sangka .. Dah macam balas dendam kan ? Aku tak tahu sama ada nak percaya atau tak .. Sebab sejak kebelakangan ni dia memang layan aku teruk .. 

aku - boleh percaya ke ?
pokok bunga tahi ayam - tak kan lah saya nak tipu awak kan ?
aku - kenapa saya hantar chat dekat pokok nyior dia tak balas ?
pokok bunga tahi ayam - dia dah off ..
aku - saya call dia boleh ? cakap kat dia saya nak call dia ..
pokok bunga tahi ayam - Dia tak bagi awak call dia lagi .. dia tak sanggup nak cakap dengan awak lagi .. Awak bagi dia masa ok ?
aku  - ok
pokok bunga tahi ayam - awak sayang tak dia sebenarnya ?
aku - mestilah sayang ! Soalan apa camtu ha ?
pokok bunga tahi ayam - ok ok .. saya tanya aje ..

  Kan tak pasal-pasal mamat bunga tahi ayam tu kena sembur dengan aku .. malam tu aku aku tidur dengan bantal yang basah ! Uhuk ! ku menangiss ~ Keesokkan harinya aku menceritakan segala-galanya kepada dua orang lagi kawan baik aku ; comel dan cute ! Comel dan cute pun sama , diaorang pun terkejut .. Comel cakap ; " Betul ke yang memang ma dia suruh ? "
and soalan tu jugak lah yang membebani fikiran aku waktu itu .. Aku dengan pokok nyior tu satu sekolah tapi lain kelas .. so , mana aku pergi memang akan jumpa dia .. tapi dia mengelak daripada aku .. Untuk pengetahuan korang , comel dengan pokok nyior tu satu kelas .. Masa rehat comel datang jumpa aku .. dia cakap yang pokok nyior dah cerita segala-galanya dekat dia .. Dan dia yakin pokok nyior tak menipu .. Comel cakap dia nampak mata pokok nyior tu berair dan merah .. Comel pun cakap , yang ma pokok nyior tu siap menangis dan merayu dengan pokok nyior supaya belajar dahulu .. Ma pokok nyior siap gosok lagi belakang dia supaya dia putus dulu and belajar molek-molek .. Korang tahu masa tu air mata aku mengalir lagi .. Comel pun ada cakap yang pokok nyior tu betul-betul sayang aku .. Sekarang dia tak boleh berhadapan dengan aku .. dia tak tahu macam mana nak hadapi semua tu .. Masa aku tengah syok menangis tiba-tiba ada sesorang masuk ke dalam kelas aku .. apa lagi aku terus lari .. Masa nak turun tangga terserempak dengan budak kelas aku ; mamee monster ! Aku nampak wajah dia pelik tengok aku .. Aku pun pergi menyorok dekat tempat lain .. Aku ingat mamee monster tu je yang nampak aku menangis rupa-rupanya pokok bunga tahi ayam dan beberapa orang kawannya pun nampak ! Malu-malu ! Aku pendekkan cerita , setelah beberapa perbincangan telah dilakukan dengan pokok nyior aku tuu .. Akhirnya aku menjadi kawan .. dah tak segan dah .. Yahoo ! Tapi kan , jujur aku cakap aku sayang pokok nyior aku tuu ..

G@d!s aiR mAta .. ^^, no.4~

Sepanjang tahun di tingkatan 2 Elegent , macam-macam yang aku lalui .. Di ingatkan disini bahawa pokok nyior tu masih musuh aku ! Akhirnya berakhirlah zaman tingkatan dua aku !

   Ha , sekarang aku dah tingkatan 3 ! tahun ni pmr dah .. Debar tu tok sah cakap lah .. Tapi still boleh relex-relex ! Hehe .. Nanti dekat-dekat nak exam barulah kita start engine .. haha .. *amaran ! Jangan tiru aksi ini .. Aksi ini dilakukan oleh pro saje ! ^^,
  Awal-awal tahun tu tak ada apa yang menarik sangat lah .. Ok je .. and ingin diingatkan di sini bahawa pokok nyior tu masih lagi jadi musuh aku ! Tahun ni pun dia nak cari pasal dengan aku jugak .. Apa faedahnya pun aku tak tahu .. Boleh tahan lah aku bagi kat dia hari tu masa dia cari pasal dengan aku .. Aku cakap - " malas aku layan orang bodoh macam mu ea ! Bodoh ! "  * amaran , kanak-kanak dibawah umur tidak dibenarkan membaca ayat ini .. yang lain boleh ! Hehe .. kanak-kanak diatas umur boleh baca , tapi jangan tiru ya ? Aksi ini dilakukan oleh pro .. 
  Korang nak tahu lepas aku cakap macam tu , berhari-hari dia tak cakap dengan aku .. terasa kot ! Ah , peduli apa ! Dia yang cari pasal dengan aku siapa suruh kan ? Kuiikuii .. ( <---entah apa-apa je ! ) Cuti sekolah pada bulan 6 pun bermula .. Tugas aku ? ha , nie tugas aku ; Facebook ! Kira belajar jugak lah kan ? Dah tu ada ' book ' kat belakang tu .. Sedang aku asyik berFacebook , tiba-tiba ada sesorang hantar chat kat aku .. Mamat pokok nyior rupanya ! 

pokok nyior ( nie bukan nama betul dia kt facebook tu ! ) - woi
aku - tak reti bagi salam ke ?
pokok nyior - hahahaha ..
  Disebabkan aku malas nak layan campur masa tu pun maghrib aku pun terus log off ..
Keesokkan harinya aku online balik facebook .. Kali ni pun ada jugak mamat pokok nyior tu .. menyampah aku dibuatnya !

pokok nyior - Assalamualaikum
( kali ni mamat tu dah reti bagi salam lah weh ! haha )
aku - waalaikummussalam

Banyak jugaklah aku chat dengan dia waktu tu .. Lagi pun aku bosan , so layannn .. Tapi ini yang aku ingat ;

pokok nyior - rumah mu kat mana ?
aku - dah mu nak buat nape ?
pokok nyior - nak jumpa dengan bakal ayah mertualah ! haha ..

Nak pengsan aku baca chat dia tu .. Yalah , musuh ketat tu !

aku - mu nak nape benornye ea ?
pokok nyior - aku nak mu !

Hah , ambik kau ! Ternganga aku masa tu .. tak tahu nak balas apa . Last sekali aku balas macam ni ;

aku - gila !

hahaha .. aku terus log off .. =P

Beberapa hari selepas itu , kawan baik aku ; sweet call aku , dia cakap pokok nyior tu mintak nombor aku .. Tak sempat aku cakap apa-apa , kawan aku cakap yang dia dah bagi ! Aish , nak aje aku menjerit masa tu .. Kawan baik aku jugak cakap yang pokok nyior tu suruh aku online .. tak tahu kenapa , aku pun pergi online .. Maybe sebab masa tu aku bosan kot .. Hari tu aku pun chat lah dengan mamat pokok nyior tu .. Pernah dengar tak orang cakap , jangan bergaduh sangat nanti bercinta ? ha , tu lah yang jadi .. Pokok nyior tu meluahkan perasaannya dekat aku ! Adoiii  ~  50-50 aku masa tu .. Korang ingat kan hari tu ada pokok nyior tu mintak nombor aku kan ? Lepas tu pokok nyior tu suruh pokok renek call aku .. Pokok renek suruh aku terima pokok nyior tu .. Dia cakap yang aku tak akan terluka dengan pokok nyior tu .. Dia cakap kat aku jangan permainkan pokok nyior .. Nak tahu aku cakap apa ? Aku pun tak tahu aku cakap apa .. Aku tak bagi keputusan apa-apa pun .. Yalah , siapa tak kena heart attack kalau musuh luahkan cinta kan ? Nasib baik jantung aku sihat , kalau tak dah jalan aku waktu tu .. Aku pun cakap lah dekat pokok nyior tu kalau dia betul-betul nak couple dengan aku , aku suruh dia tunggu lepas pmr .. Yalah , untuk kebaikan aku dengan dia jugak .. Mula-mula aku surh dia tunggu 10 tahun lagi , hahaha .. mengeluh dia .. Last-last aku suruh dia tunggu lepas pmr .. Tapi dalam masa tu aku tetap mesej .. boleh kata tiap-tiap hari mesej .. dah macam bercinta betul-betul daa ~ Aku ? Aku pada awalnya tak ada perasaan pun kat dia .. Aku suruh dia tunggu tu sebab nak suruh dia bosan and cari orang lain .. Tapi dia tak jugak cari orang lain .. And korang nak tahu ? Aku dah jatuh cinta dekat musuh ketat aku tu ! betullah kata orang , jangan benci sangat nanti boleh jadi sayang ! Tengok dah terbukti ! ( BTW , lepas tu aku dah tak benci siapa-siapa dah ! Haha .. Tak ke naya kalau aku suka semua orang yang aku benci .. kuang kuang kuang ! )
  Nak tahu tak kawan-kawan semua belum pun habis exam pmr , pokok nyior tu hantar msj kat aku ;
                                    -->  will you be my princess ?
  Hah , ambik kau ! haha .. Kawan aku cakap suruh aku terima aje , tapi janganlah layan sangat untuk sementara exam ni .. Exam pmr aku tinggal beberapa hari lagi .. By the way , korang nak tahu tak kenapa pokok nyior tu nak sangat couple hari tu ? Sebab ... hari tu tarikh dia ; 10/10/10 .. Haha .. Tu antara sebabnya ! Aku pun suruh pokok nyior tu call aku .. Aku cakap kat dia , awak cakap sendiri apa yang awak mesej tadi .. Hehe .. mula-mula diam senyap .. Lepas tu dia cakap , " awak , will you be my princess ? " Auch ! hahaha .. so so sweet masa tu ! hehe .. ( kalau bagi korang tu tak sweet , tapi aku tetap nak cakap sweet sebab tu first orang cakap sendiri macam tu dekat aku ! hehe ..
so , bermula hari-hari ku sebagai couple dengan pokok nyior a.k.a musuh ketat aku ! hahaha .. ^^,   

G@d!s aiR mAta .. ^^, no.3 ~

Pokok nyior , kau baca ni tau ? hehe

  Pokok nyior tu macam pembuli aku dekat sekolah ni .. Mana-mana aku pergi mesti jumpa dia .. ( dah nama pun sekelas , memang lah jumpa dia macam mana pun ! Ayooyoo .. ) Biasa kalau meja dalam kelas kan , kita balut dengan plastik yang macam balut buku tu kan ? so , kat bawah tu boleh lah letak macam-macam .. jadi memang macam-macam lah aku letak .. kertas-kertas yang bagi aku sangat bermakna ..Tapi korang tahu apa yang jadi keesokkan harinya bila aku datang sekolah ? Nak melompat-lompat aku waktu tu .. Bayangkan satu kertas pun tak ada kat bawah alas meja tu .. Memang pagi-pagi tu aku dah jadi singa betina lah .. Merata-rata aku cari tapi tak jumpa-jumpa .. Last sekali aku cari dalam tong sampah .. Ah , kurang asam ! Kertas-kertas aku tu ada dalam tong sampah .. Makhluk mana yang nak buat sampah dengan aku masa tu pun tak tahu .. Hari tu aku jadi polis yang tak bertauliah .. Semua orang aku soal .. termasuk pokok nyior ! Mesti korang dah agak siapa kan ? Siapa lagi kalau bukan mamat pokok nyior tuh ! Mahu berapi aku masa tu .. tapi dia boleh aje tersengih macam kerang yang teramat busuk ! Benci betul aku tengok senyum dia tu .. Satu lagi masalah yang dia buat ;  Ada satu hari tu , dah nak balik pun .. Lepas balik dari makmal aku pun naik ke ke kelas .. nak jadikan ceritanya , beg sekolah aku hilang .. Mak aiii .. debar bukan main lagi aku .. merata-rata aku cari * termasuk dalam tong sampah .. Aku dah agak siapa yang buat .. Aku tengok beg dia masih ada atas kerusi , aku pun ambik .. Kebetulan dalam kelas aku ada satu almari yang besar , aku pun bukak .. Tiba-tiba aku ternampak satu beg sekolah yang tersangatlah kiut ! Hah , kalau dah kiut tu beg siapa lagi kalau bukan beg aku ! Memang cari pasal betullah mamat pokok nyior tu .. Kebetulan beg dia pun ada dalam tangan aku , so bertukar tempat lah jawabnya .. Aku sumbat beg dia dalam almari tu .. Lepas tu aku tutup dengan mounting board and macam-macam lagi .. Memang tersangat tersorok lah ! Nasib kau lah pokok nyior ! Cari pasal dengan aku sangat siapa suruh ? .. Lepas agenda aku tuh dilaksanakan , aku pun balik .. Bye pokok nyior punye beg .. kalau dia tak jumpa beg dia pun , lagi bagus .. Aku lagi lah bahagia ! Hahaha ..
  Korang nak tahu macam mana aku boleh cakap dengan dia masa mula-mula ? Hari tu masa first day di kelas 2 Elegent mamat tu ada tegur aku .. MAsa tu dia buat lawak , lepas tu dia nak suruh aku sokong dia .. Dia pun cakap , "ork ajee ork ? " aku pun senyum je lah .. Masa tu perang tak meletus lagi ! Haha .. Ha , by the way .. Lepas aku sorok beg dia hari itu , keesokkan harinya aku diberitahu oleh kawan dia yang aku gelarkan pokok renek ! ( sebab ? hehe .. dia nieh rendah sikit berbanding pokok nyior tuh ! Aneh kan pokok renek dengan pokok nyior boleh berkawan ! )  Pokok renek cakap yang pokok nyior tu dekat setengah jam cari beg dia .. Tak jumpa-jumpa .. Berkali-kali dia bukak almari tu tapi tak jugak jumpa .. Kira pandai jugaklah aku sorok kan ? Hebat-hebat ! Masa pokok renek tu cakap , aku gembira tersangat-sangat .. Rasa nak melompat-lompat and menari je .. Misi balas dendam aku berjaya ! Banyak jugak lah perkara yang berlaku .. Aku jadi benci betul dengan mamat tu ! Rasa nak je aku belasah dia .. tapi terkenangkan ketinggiannya dua kali ganda daripada aku , aku batalkan aje niat aku tu .. Nanti tak pasal-pasal aku menginap dekat icu .. Tak ke naya ?
  Oh lupa pulak .. Yang pasal mamat mulut bom nuklear tu , lepas beberapa bulan aku kira dah ok dengan dia .. tu pun sebab dia yang mintak maaf .. berkali-kali jugaklah dia mintak maaf .. Mula-mula aku tak peduli pun , tapi ye lah kan sekeras-keras hati kita ada jugak lembutnya .. Masa mamat tu nak mintak maaf berkali-kali dia cakap " sedangkan nabi ampunkan umatnya " - itulah ayat yang memang selalu aku dengar masa dia nak mintak maaf .. Naik kematu telinga aku .. Walaupun aku ok dengan dia tapi aku tak pernah pun bercakap-cakap dengan dia .. Aku tak layan pun kalau dia cakap apa-apa .. Nak cakap maaf tu senang , tapi nak lupakan semuanya itu sangatlah susah ! Kan ? ( angguk tau ? ! ) hehe .. ^^,

G@d!s aiR mAta .. ^^, no.2~

SMK 'B'

Ini merupakan sekolah yang ke-3 aku di sekolah menengah ! hebat2 ! hahaha .. Sekolah pertama aku SMK 'S' .. Saat menjejakkan kaki ke sekolah baru ini aku berasa sangat berdebar-debar.Suasana baru,sekolah baru,kawan baru .. Segala-galanya baru .. Aku ditempatkan di kelas 1 Beta waktu itu .. Dalam kelasa itu ada seorang kawan sekolah rendahku iaitu Sweet .. Dalam kelas itu aku duduk di sebelah Lawa .. Orangnya memang lawa ! .. ^^, Jadi bermulalah kisah aku di sekolah SMK 'B' .. Segalanya begitu indah .. Happy .. Kecik lagi masa tu .. Masalah pun tak berani nak tegur .. hehe .. 
  Tahun 2009 , aku dah masuk tingkatan 2 .. Dah makin membesar ha ! Bukan sahaja umurku , namun saiz badan ! hahaha .. Dulu berat aku cuma 38 kg -39 kg je .. Tapi sekarang dah jadi 40 lebih dh ! sedih2 .. Di tingkatan 2 ni aku duduk di kelas 2 Elegent .. Tingkatan 2 ada jugsk lah masalah yang berani nak cuit-cuit aku .. Masalah pertama aku ; Ada sorang budak nieh , lelaki lah ! Aku bergaduh dengan dia .. puncanya salah faham je .. tulah , lain kali kalau musykil apa-apa baik tanya tuan punya badan jer .. senang .. tapi tak , main fitnah-fitnah je .. aku apa lagi , berasap lah kepala aku masa tu ! boleh tahan lah aku bergaduh dengan lelaki itu .. dah macam nak smack down dh ! Budak lelaki tu mulut bom nuklear tau ? Haish , sabar aje .. Namun aku memang tak boleh bersabar .. Waktu itu , adik bongsu aku masuk hospital sebab demam panas .. Tu yang buat aku terlebih emosi tu .. Budak lelaki tu pun satu , sengaja nak menaikkan darah aku .. korang tahu apa yang dia buat ? Banyak jugak lah panjang kalau nak cerita semua .. tapi yang pasti masa kejadian berlaku lelaki mulut bom nuklear tu sempat lagi nak baling kasut saiz berapa entah yang bau macam indah water tu kat aku .. fuhh ! Nasib baik ramai superhero ! hahaha .. gaduh punya gaduh , kes aku ni sampai ke pengetahuan cikgu kelas aku .. uisshh .. debarnya bukan main lagi .. aku pun pergi lah menghadap cikgu tu .. dalam kelas jugak lah .. dia pun tanya lah .. aku pun jawab " dh ada ke patut dia panggil sy menatang cikgu ? muka saya macam menatang ke ? " ( btw , memang tu kenyataannya .. dia memang panggil aku menatang )  korang tahu lelaki tu cakap apa ? "memang muka mu tu macam menatang ! "  and korang nak tahu apa pulak reaksi cikgu tu ? Honestly cikgu tu senyum and suka je ! Memang panas , bukan nak tegur lelaki tu .. Aku memang emotional masa tu .. aku terus tarik tangan kawan aku and keluar macam tu je dari kelas tu .. masuk je bilik air aku terus menangis .. aku betul-betul  terkilan masa tu .. Nasib kawan-kawan aku ada .. Thanks friends !
Korang tahu selain mamat mulut bom nuklear , ada sorang lagi yang memang sehari tak kacau aku memang tak boleh .. nama dia pokok kelapa / pokok nyior ! hahaha .. nak tahu kenapa aku panggil dia pokok nyior ? sebab dia tinggi sangat ! * yang pasti lebih tinggi dari aku .. Pokok nyior tu suka sangat cari pasal dengan aku .. semua benda dia nak kacau aku .. Naik menyampah hampas nyior aku dengan dia tuh .. Tapi banyak-banyaklah aku bersabar ..

Wednesday, December 7, 2011

G@d!s aiR mAta .. ^^, no.1~

Aku masih lagi pelajar sekolah.Pelajar yang tidak berapa dikenali berbanding kawan-kawan aku yang lain.Pada tahun 2008 bermulalah kehidupan aku sebagai pelajar sekolah menengah.Mula-mula aku sekolah dekat SMK 'A' asrama penuh!Masa terima tawaran tu bukan main lagi excited!Haha.. Siapalah tak excited kan?So,aku pun pergilah daftar kat sana.Jadi pelajar sekolah tu.Ramai kawan-kawan baru yang aku kenal.Termasuklah seorang kakak - Nor Shafira .. * my beloved sis .. Dia lah yang banyak jaga aku masa tu.Saat aku deman,dia jugak yang menjaga aku.
  Masih segar dingatan aku pada 27Mac2008.Malam tu aku ada prep,hujan lebat sangat.Sekali dengan petir dan kilat.Agak kesejukkan jugak lah masa tu.Tepat pukul 10mlm tamatlah kelas prep.Aku dan beberapa orang kawan pun berjalan untuk balik ke bilik.Kawan-kawan aku berhenti di dewan makan untuk mengambil makanan namun tidak aku.Aku terus balik ke asrama.Entah kenapa aku tidak sabar untuk menghubungi keluarga aku malam itu.Sampai di bilik,aku membuka selendang dan terus mencapai telefon yang diletakkan ditempat 'tersembunyi' hehe..Korang tahu ma aku cakap nenek aku yang aku panggil MAK telah kembali ke rahmatullah pada malam itu.Terketar-ketar aku saat itu.Aku yang berada ditingkap terus terjelopak dan menangis.Kakak-kakak yang berada di dalam bilik itu kehairanan.Kak Fira yang berada disitu terus menghampiri aku.Aku memberitahunya.Dia menenangkan aku dan menyuruh aku membaca yasin.Selesai bercakap dengan ma,aku mengambil wudhuk dan membaca yasin.Aku sangat sedih sebab tak dapat berjumpa dengan arwah mak untuk kali terakhir.
  Pada pukul 2pagi,abah aku datang ambik aku diasrama untuk membawa balik.Arwah mak akan dikebumikan keesokkan harinya.Pada mulanya memang susah untuk keluar pada pagi itu.Pengawal tidak membenarkan aku pulang pada pagi itu.Mahu sahaja aku membelasah pengawal itu.Namun aku tidak berkudrat melawan lelaki yang lebih tua dari aku itu.Setelah lama bercakap,akhirnya aku dah boleh balik.Pada pukul 8.30 pg,aku sampai dirumah.Aku terus menukar baju dan bergerak ke rumah arwah mak aku.Saat aku sampai,air mata aku terus jatuh berderai.Aku ternampak sekujur tubuh yang kaku diatas katil.Tubuhnya diselimuti kain putih.Aku menghampiri arwah mak aku.Sungguh tidak dapat aku tahan kesedihan saat itu,namun aku masih ingat kata-kata arwah mak "tidak baik jika kita meratapi orang mati kerana arwah akan merasa sakit.Lebih baik kita membaca yasin buatnya" Aku mengesat air mata yang sudah membasahi wajah aku dan terus mencapai yasin untuk disedekahkan kepada arwah mak.Sungguh syahdu.Sebak dadaku saat membaca yasin dihadapan jasad arwah yang sudah kaku tidak bernyawa.Kekesalan kerana tidak dapat berjumpanya untuk kali terakhir.Namun ajal maut ditangan Allah s.w.t. AL-FATIHAH untuk arwah mak - Kalsom binti Ali.. 
  Beberapa minggu selepas itu,aku mengambil keputusan untuk pindah sekolah dan bersekolah diTerengganu sahaja.Setelah beberapa prosedur dilakukan,aku akhirnya tidak lagi menjadi pelajar sekolah itu.Aku akhirnya menjadi pelajar SMK 'B' . Bermula lah kehidupan baru aku di sekolah lain pula .. 
  

G@d!s aiR mAta .. ^^, (INTRO)

 INTRODUCTION OF 'GADIS AIR MATA'
 

                      Gadis Air Mata ..
       Bagi aku air mata bukan hanya menunjukkan kesedihan namun juga kegembiraan .. Pernahkan anda semua mengeluarkan air mata saat anda gembira ? ^^, Juga saat anda berduka .. Jadi GADIS AIR MATA ni bukan hanya gadis sedih namun juga gadis gembira .. Semoga lepas ni tidak ada lagi antara anda semua yang salah faham dengan air mata yang keluar .. Air Mata juga merupakan senjata wanita .. Hebatkan ? Satu lagi yang membuatkan aku kagum dengan Air Mata ; Air Mata tak pernah habis walaupun banyak mana kita gunakan .. Betul tak ? Wahh ! hebat2 .. ^^, Kadang-kadang ramai antara kita yang sangat susah nak mengeluarkan air matakan ? Tapi ada jugak yang sangat senang mengeluarkan air mata .. Semuanya bergantung kepada orang tu sendiri .. Anda semua boleh lah menghayati kisah Gadis Air Mata yang tak seberapa ni ..

Setakat tu je lah pengenalan tentang GADIS AIR MATA ni .. ^^, 
Sayonaraa .. ~