It doesn't matter where you go in life ,
what you do or how much you have ..
it's who you have beside you ..
i'm so glad i have you ! ^^,

Monday, December 31, 2012

paDa maLam itU ........ ^^,


Bunyi cengkerik masih sahut sahutan, keberadaannya mungkin di sebuah bilik berwarna merah jambu milik seorang gadis muda belia, Ya..
Ahh! Ditariknya selimut usang pemberian ibunya ketika menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-7. Budak penakut ini tidak pernah lena tidurnya di malam hari. Ada-ada sahaja yang menganggunya. Semuanya ibarat menaruh dendam tak berkesudahan dengan Ya. Selayang mimpi menjemput, kedengaran bunyi kipas dan angin yang menderu-deru menerobos masuk melalui tingkap kayunya yang terbuka.
Dengan malasnya, Ya bangun dan menutup kuat jendela yang terbuka. Sekilas Ya terlihat kelibat ranting pohon markisa meliuk lentok ditiup angin malam…terngiang-ngian cerita hantu yang diceritakan oleh rakan-rakannya semasa ketiadaan guru matematik tambahan di sekolah petang semalam… Ya dibayangi “pokya’k” duduk bertenggeng di julai pohon rambutan berhadapan dengan biliknya dan tiba-tiba..
GELAP!
ARGGHHH!!.Ya menjerit sekuat hati tetapi sayang, Jeritannya tenggelam dek kuatnya kilat yang berdentum Semua ahli keluarganya di rumah banglo kayu 8 bilik itu tidak memberi sebarang tindak balas.. tidur mati semuanya.. Hampa.. dan sekali lagi, Ya dikejutkan oleh bunyi jendela biliknya dihempas kuat kedinding sekalian  terpacul cahaya putih menyambar pohon kelapa tua yang paling tinggi di dalam pagar rumahnya.
GRUHHHMMM!!! Kilat sabung menyabung. Angin bertiup kencang, cukup untuk meniup baju sekolah putihnya yang samar-samar kelihatan berayun-ayun ditiup angin kencang di malam yang tiada belas kasihan..
Angin bertiup ganas dan membuatkan Ya menggigil kesejukkan.Kain selimut yang dari tadi membaluti tubuhnya terasa terlalu nipis pada waktu itu.Ya memandang ke kiri dan kanannya.Namun apa yang dilihatnya hanyalah kegelapan semata-mata.Ya menjadi buntu.Matanya sudah berair hanya tinggal untuk menitis sahaja.
Mata bundar Ya terpandangkan cahaya yang agak terang di dada langit yang menerangi seluruh biliknya itu.Tidak lama kemudian satu bunyi guruh yang amat kuat kedengaran.Ya menutup telinganya dengan kedua-dua belah tangannya.Kemudian dia teringat kata-kata kawannya, “Kalau dengar bunyi guruh,jangan tutup telinga nanti boleh jadi pekak!” Entah benar entah tidak kata-kata kawannya itu.Di luar hujan semakin lebat.Bunyinya semakin kuat apabila air hujan jatuh ke atas atap rumahnya.
“Mak!” Ya menjerit memanggil ibunya.Namun itu semua hanya sia-sia kerana suaranya ditenggelamkan oleh bunyi hujan yang terlalu kuat itu.Akhirnya air mata yang ditahannya kini sudah mencurah keluar membasahi pipinya.Tiba-tiba Ya teringat akan lampu suluh yang berada di dalam laci di tepi katilnya.Ya meraba-raba mencari lacinya.Apabila jarinya sudah menyentuh laci itu,Ya terus membukanya.Jarinya ligat meraba-raba di dalam laci untuk mencari lampu suluh.Ya menekan butang yang ada pada lampu suluh itu,namun tidak ada cahaya yang keluar.Mungkin sudah kehabisan bateri. “Waktu macam ni lah tak ada bateri!” rungut Ya lalu membaling lampu suluh ke atas katilnya dengan geram.
Tiba-tiba Ya terdengar satu bunyi.Dia yakin bunyi itu dating dari luar rumahnya.Namun ketakutan menghalangnya daripada bangun dan melihat apa sebenarnya yang berbunyi itu.Semakin lama bunyi itu menjadi semakin jelas kedengaran.Bunyi itu seperti bunyi seseorang mencangkul tanah.Jika difikirkan secara logiknya siapalah yang mencangkul tanah pada tengah malam begitu.Tak kan ada orang nak bercucuk tanam pada tengah malam,fikir Ya.
Bunyi itu masih kedengaran walaupun sudah beberapa minit berlalu.Ya memberanikan dirinya untuk bangun dan melihat sendiri dengan matanya.Tingkap kayunya dikuak perlahan.Matanya meliar mencari dari mana bunyi itu datang.Dalam suasana malam yang gelap gelita,agak sukar baginya untuk mencari dari mana bunyi itu datang.Kemudian mata Ya terhenti pada satu susuk badan yang berada di tanah lapang di hadapan rumahnya itu.Ya mengecilkan matanya untuk melihat dengan lebih jelas lagi.Namun pandangannya terbatas.Kemudian dia merasa bulu romanya tegak berdiri.Tiba-tiba dia terasa seram sejuk.Ya memandang ke kiri dan kanannya.Jantungnya berdegup laju.Dia menutup kembali tingkap kayunya dan kembali ke atas katil.Ya menarik semula kain selimut membalut tubuhnya.
Malam itu terasa sangat panjang bagi Ya.Susuk tubuh yang baru dilihatnya tadi masih lagi bermain ditubir matanya. “Argh!” Ya menjerit.Kini Ya dibayangi oleh susuk tubuh seseorang yang berada di tanah lapang dan sedang mencangkul tanah itu.Hujan yang tadinya semakin reda kini lebat semula.Diikuti dengan bunyi guruh dan kilat yang sabung-menyambung.Sesekali kilat menerangi bilik Ya.

Akhirnya Ya mengambil keputusan untuk melelapkan matanya.Perlahan-lahan Ya baring di atas katil yang empuk itu.Kain selimut ditarik sehingga paras dada.Ya cuba memejamkan matanya namun susuk tubuh seseorang yang dilihatnya tadi masih kelihatan bermain-main ditubir matanya.Ya teringat pesanan opah, “Sebelum tidur baca doa supaya tidak diganggu oleh makhluk halus.” “Hantu wujud ke opah?” soal Ya.Waktu itu umurnya baru sepuluh tahun.Opah tersenyum sambil menggosok-gosok belakangnya. “Bukan manusia saja yang menjadi penghuni dunia ini Ya.Makhluk-makhluk lain pun ada.Tapi asalkan kita ingat pada ALLAH SWT,insyaALLAH tidak ada apa-apa yang mengganggu kita.” pesan opah.Kini opah Ya sudah meninggalkan dunia yang fana ini dan kembali kepada pencipta.Sudah empat tahun arwah pergi.Ya membaca beberapa surah di dalam hatinya.
Akhirnya Ya tertidur jua.Namun bunyi guruh yang teramat kuat itu menyedarkannya dari tidur lenanya itu.Saat matanya terbuka biliknya menjadi cerah oleh kerana cahaya kilat yang terang. “Astarghfirullahalazim!” Ya meraut wajahnya dengan kedua-dua belah tangannya.Tiba-tiba Ya terasa untuk melihat sama ada susuk tubuh yang dia nampak tadi masih ada di situ atau tidak.Perlahan-lahan Ya menolak tingkap kayunya.Matanya terus terpacak pada susuk tubuh yang sama di tanah lapang itu.Anehnya susuk tubuh itu  masih lagi melakukan aktiviti yang sama seperti tadi.Sekali lagi jantung Ya berdegup laju.Tangan dan kakinya menjadi sejuk.Tiba-tiba susuk tubuh itu berpusing dan memandang ke arahnya.
Ya segera menutup kembali tingkap kayu biliknya.Ya ketakutan.Jantungnya berdegup kencang seperti baru sudah menamatkan larian tiga kilometer.Tiba-tiba Ya terasa ada seseorang memerhatinya.Perlahan-lahan dia berpusing.Namun dalam keadaan gelap gelita itu dia,tidak ternampak sesiapa.Bulu romanya sudah berdiri tegak.Ya membaca ayat kursi di dalam hatinya sambil melangkah ke katilnya semula.Dia terus berbaring.Kemudian dia terasa ada ‘sesuatu’ yang turut berbaring di sebelahnya yang sedang mengiring itu.
Oleh kerana terlalu takut,air matanya sudah mula mengalir keluar.Ya menggigil ketakutan.Dia takut untuk berpusing memandang ‘sesuatu’ yang berada disebelahnya di atas katil itu.Ya membaca beberapa surah serta ayat kursi.Namun ‘sesuatu’ itu masih belum hilang.Air mata Ya makin laju mengalir membasahi pipinya dan juga bantal yang menjadi alas kepalanya.Akhirnya berbekalkan kekuatan yang ada dalam diri Ya,akhirnya Ya memusingkan badannya dan dia nampak ‘sesuatu’ yang sedang berbaring disebelahnya itu.
Ya mengurut-ngurut dadanya. “Fuhh!” Satu perkataan keluar daripada bibirnya.Kemudian Ya terus ketawa. ‘Sesuatu’ yang disangka hantu itu rupanya bantal peluknya yang berbaring disebelahnya. “Penakut betullah kau ni Ya,pasal bantal peluk pun kau nangis!” katanya dalam ketawa yang masih tersisa.
Ya masih ketawa ketika pintu biliknya diketuk dari luar.Ketawa Ya terhenti saat telinganya menangkap bunyi ketukan di pintu biliknya.Ketukan itu masih tidak berhenti. “Siapa?” soal Ya.Namun tiada sesiapa yang menjawab pertanyaannya.Buat yang kesekian kalinya jantung Ya berdegup laju.Ya menggurut-ngurut dadanya.Ini kalau orang sakit jantung,dah lama jalan,gerutu hatinya.Ketukan di pintu itu masih lagi berbunyi.Ya masih lagi berkira-kira sama ada mahu membuka pintu itu atau tidak.
Akhirnya Ya mengambil keputusan untuk membuka pintu biliknya itu dan melihat siapa yang mengetuknya.Pintu biliknya dikuak perlahan-lahan. “Yaa..” mendayu-dayu suara yang sedang berdiri tegak dihadapan biliknya itu.Kemudian, “Aaaaa!!” Ya menjerit kuat.Dia memukul-mukul kuat tubuh yang sedang berdiri di hadapannya itu.Orang yang dipukul oleh Ya itu turut menjerit.Kemudian Ya terdengar suara mak dan ayahnya yang menghampirinya dengan lampu suluh.Saat mak dan ayah berdiri betul-betul di hadapan Ya dan orang yang dipukulnya itu dan apabila lampu suluh di suluh ke arah Ya dan orang yang dipukulnya tadi,mak kemudiannya menjerit kerana terkejut.Mana tidaknya,kakak Ya iaitu Ana kelihatan seperti hantu dengan bedak sejuk yang bertepek dimukanya itu dan baju kelawar yang tersarung pada tubuhnya itu.
“Kenapa menjerit-jerit ni?” soal ayah sambil menghalakan lampu suluh ke arah Ya.Ya menutup matanya dengan tangan kerana cahaya lampu itu sangat menyilaukan matanya.
“Ya ni tiba-tiba menjerit!” marah Ana sambil memukul perlahan bahu Ya.
“Dah tu,siapa tak menjerit kalau muka tu macam hantu!” balas Ya membela diri.
“Dah-dah pergi tidur semua!” Akhirnya ayah meleraikan keadaan.
“Kakak,malam ni Ya tidur dengan kakak boleh?” pinta Ya penuh mengharap.Dia sudah tidak sanggup untuk masuk ke dalam biliknya lagi.Biarlah malam ini berlalu dahulu.Ya masih tidak berani untuk melangkah masuk ke dalam biliknya itu.
“Apasal pulak?” soal Ana.
“Bolehlah kakak?”
“Hmm…yelah!” Ya mengekori Ana ke bilik.Malam itu dia tidur bersama kakaknya,Ana.Akhirnya malam yang penuh dramatis itu telah pun berakhir.Namun apa yang masih bermain dalam fikiran Ya ialah tentang susuk tubuh yang dilihatnya di tanah lapang itu.Ya langsung tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapa pun kerana bimbang diketawakan.Namun perkara itu masih menjadi misteri dan dia yakin waktu itu dia tidak bermimpi.
Setelah bersiap-siap pagi itu,Ya melangkah ke dapur namun tidak ada sesiapa di situ. “Mak!” laung Ya.Namun suasana rumah banglo 8 bilik itu masih lagi sunyi.Kemudian Ya terdengar riuh-rendah di luar rumahnya.Orang ramai berkumpul di tanah lapang di hadapan rumahnya itu.
Ya memanjangkan lehernya mengintai dari anjung rumahnya namun pandangannya terbatas dek ramai orang yang berkumpul di situ.Anehnya,polis forensik juga turut berada di situ.
“Mak cik,ada apa dekat tanah lapang tu?” soal Ya apabila jirannya lalu dihadapannya.
“Polis menjumpa mayat bayi yang tertanam di situ.”
Ya terpana.Kejadian semalam berputar kembali.Ya terus melangkah laju ke arah tanah lapang itu.Dia ternampak lubang yang digali oleh anggota polis.Jika tidak silap percaturannya di situlah tempat dia ternampak susuk tubuh yang mencangkul tanah semalam.Namun malangnya Ya tidak ternampak langsung wajahnya kerana terlalu gelap.Dia juga tidak tahu sama ada susuk tubuh itu kepunyaan lelaki atau perempuan.Semua itu langsung tidak membantu jika dia menceritakan perkara itu kepada polis.Lagi pun dia tidak tahu bagaimana ingin memulakan cerita itu kerana kejadian semalam terlalu dramatis.Ya kemudian berjalan pulang ke rumah semula kerana dia sudah lewat untuk ke kelas tambahan di sekolahnya.
Akhirnya misteri susuk tubuh yang mencangkul tanah itu terjawab juga walaupun masih tidak tahu siapa.Beberapa minggu selepas kejadian itu,akhirnya pihak polis berjaya menangkap pesalah tersebut.Lelaki yang berumur 20-an disyaki menanam mayat anaknya yang dipercayai anak luar nikah di tahan dengan bantuan beberapa pihak.Segalanya sudah terungakai.Kini Ya sudah semakin berani cuma kadang-kadang sahaja perasaan takut itu muncul.Ya menjadi seorang gadis yang lebih berani,kuat dan bersemangat kental selepas itu dan kain selimut yang menjadi saksinya pada malam itu masih lagi menemaninya tiap-tiap malam semasa lenanya. 

G@d!s aiR mAta .. ^^, no.7

hellooo !! yuuhuuuuuu .. Ya Allah , lme nye x bkak blog ni .. dh berdebu + berkerawang skali ha .. hahaha .. mcm2 yg aku alami slame bbrpe bln nim .. yg pling pnting , aku dh hbs spm daa .. spm yg sgt2 mendebarkan .. n most interesting , now , i'm still with mr.pokok nyior ! hahaha .. ummm , skrg aku ingt aku nk tukar nme dia ke nama mr.teddy bear !!! hehehe ( sbb dia ad bg aku teddy bear yg sgt cute ! ) woohoo .. mcm2 yg jd dgn hbungn aku ..dr kess slh fhm , bergduh , berbaik smule , kes curang , n soooo on .. but now , aku berdoa pd Allah spaya pnjgkn jdoh kmi berdua .. amin :) bnyk yg aku nk cerita ni .. tp mata dh layu sgt2 ! hahaha .. esk dh new year .. Alhamdulillah dpt hbiskn thn ni n tempuhi plbgai dugaan n rintangan .. phit manis 2012 always in my mind ! so , stakat ini dlu , see u againn .. :3 hehe .. bubbye .. muaahhhh :*

Sunday, December 18, 2011

~ SYURGA CINTA ~

- JODOH DARI SYAITAN .
kamu berdua berkenalan ,
berpegangan tangan ,
dan terus buad maksiat ,
akhirnya si perempuan mengandung ,
... baru kamu menikah ,

- JODOH DARI JIN .
kamu berdua berkenalan ,
kamu suka kan si perempuan ,
tapi si perempuan tak suka kat kamu ,
kamu bomohkan dan sihirkan agar si perempuan suka kepada kamu ,
dan kamu berdua menikah .

- JODOH DARI ALLAH .
kamu berdua bertentangan mata ,
terus menusuk ke kalbu ,
kamu terus meminang si perempuan ,
dan si perempuan menerima pinangan kamu ,
dan kamu berdua menikah ,
insya allah berkekalan hingga akhir hayat .
DAN ITU LAH YANG DINAMAKAN ' Syurga Cinta '

Wednesday, December 14, 2011

~ sOmethInG to SharE herE ! ! ^^,

~ korang ad masalah ni x ? - MUDAH LUPA ..
ad yang angguk , ad yg menggeleng .. hihihi

* spe-spe yg angguk tu , ni haa ad sdikit tipppsss utk andaaa .. :-

  • Kurangkan makan bawang besar
  • Kurangkan makan berempah
  • Kurangkan makan ketumbar kering
  • Kurangkan menonton hiburan
  • Kurangkan membaca majalah hiburan
  • Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  • Kurangkan minuman air sejuk, minuman dalam tin
  • Kurangkan makan organ dalaman ayam
  • Jangan makan kepala ikan
  • Jangan minum air yang ada semut
  • Jangan tidur selepas subuh
  • Jangan tidur selepas asar
  • Jangan tidur selepas makan
  • Jangan makan terlalu kenyang
  • Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
  • Jangan menyapu rumah pada waktu malam
  • Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  • Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
  • Jangan minum susu selepas memakan daging atau ayam

yuMMyy ~ Resepi apam POLKADOT ................

                                                    ~APAM POLKADOT YG CUTEEE~

Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna
**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
Cara-cara penyediaan apam polkadot
1. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain(masukkan susu, tepung dan last sekali ovelette. Then, masukkan esen vanilla) dan mix lagi sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.
* jgn lpe memcuba yer ! Rugi kalau x cuba .. ^^,

Friday, December 9, 2011

G@d!s aiR mAta .. ^^, no.6

Tidak dinafikan kehidupan single ni memang best .. betul tak sesiapa yang single ? hehe .. Korang nak tahu , kisah percintaan aku ni memang menyakitkan hati .. Kadang-kadang tu rasa macam bodoh sangat-sangat .. Kenapa ? Hurm ~ Lepas putus tu aku dengan pokok nyior couple balik .. Ni dah kire rujuk yang ke 2 dah ! Ayoo .. Tapi manusia , banyak kekurangan .. Mesti korang cakap bodoh aku kan sebab couple balik .. Yalah , mana tahu masa depan nanti putus balik .. Who knows right ? ^^, Tapi aku tetap couple balik dengan pokok nyior tu .. Aku ada tanya pokok nyior , nanti kalau ma dia tahu aku dengan dia couple balik macam mana ? Tapi dia cakap tak apa .. Aku pun malas lah tanya banyak-banyak .. Adat manusia , bila dia nak sesuatu dia akan usahakan dengan bersungguh-sungguh , apa-apa pun sanggup dilakukan namun bila dia dah dapat apa yang dia nak , diabaikan macam tu aje .. Benda macam tu yang terjadi dekat aku sekarang .. Memang tidak dinafikan pokok nyior tu selalu cakap yang dia sayang aku tapi sejak kebelakangan ini dia macam semakin menjauh dari aku .. Aku pun dapat tahu beberapa rahsia yang dia sorokkan dari aku .. Beberapa pembohongannya juga terbongkar .. Tak perlulah aku sebutkan di sini .. Tapi yang penting ia betul-betul menyakitkan hati aku sebagai  perempuan .. Ada jugak lah masa aku bergaduh dengan dia .. Yalah , sedangkan lidah lagi tergigit , ini pula hubungan sesama manusia .. Aku rasa dah terlau banyak aku bersabar dengan dia .. Aku rasa dia dah anggap aku macam boneka dia .. Kalau aku lambat balas mesej dia , memang dia melenting tapi bila dia lambat balas mesej aku , aku cakap ; " tak apa ! " Kenapa aku cakap cam tu ? sebab aku tak nak penjangkan cerita , kalau panjang kan cerita nanti tak pasal-pasal aku gaduh dengan dia .. Aku sayang kan dia .. Aku perasan sejak kebelakangan ini dia suka marah-marah .. banyak perkara yang dia buat yang memang menguji tahap kesabaran aku .. Namun aku tak nak ungkit mengenai itu .. Aku sayangkan hubungan kami ..Satu hari tu , dekat sekolah .. Pokok nyior tak datang sekolah memandangkan exam sudah pun habis .. Tapi aku kan budak rajin , bukan main lagi pergi sekolah .. Tapi duduk kat sekolah , aku melepak .. Tengah-tengah melepak aku cakap dengan kawan-kawan aku .. Antaranya ; Shippuden dengan Golgano .. Masa tu adalah seorang ustazah yang jaga kelas aku .. Tapi dia buat kerja dia sendiri .. Aku pun bercakap-cakap dengan Shippuden and Golgano .. Topik yang aku bincangkan masa tu ialah mengenai Pokok nyior .. Aku pun rancang nak main-main dengan pokok nyior .. aku suruh Shippuden cakap dekat kawan-kawan Pokok nyior tu yang aku mintak putus .. Masa Shippuden nak cakap dekat kawan-kawan Pokok Nyior tu , dia tercakap kuat .. Ustazah tu pun terdengar .. ( Untuk pengetahuan korang pokok nyior tu agak terkenal di kalangan cikgu-cikgu ) Tapi Shippuden belum sempat menyampaikan pesanan penuh , dia hanya sempat cakap yang aku suruh cakap dekat pokok nyior .. Itu saje .. Yang sambungan tu tak sempat cakap lagi .. Ustazah tu tengok dekat aku .. ( satu lagi korang kena tahu , ustazah ni tengah mencari orang yang bercouple dekat sekolah .. Dia memang nak ganyang habis orang yang bercouple nieh ! tu yang aku takut tu .. )  Ustazah tu pun tengok aku and dia cakap ; " saya dah tahu ! Tak payah nak sorok lah , saya tahu .. " Hah ! ambik kau .. Berdebar-debar aku waktu tu .. Lepas tu ustazah tu pun tanya ; " awak tak pernah date dalam kawasan sekolah kan ? " Aku pun cakaplah ; " Tak pernah ustazah ! "  * ini bukan tipu ya .. Aku memang tak pernah date dalam sekolah .. Setakat jumpa , cakap-cakap tu ada .. Tapi bukan berdua je , kawan-kawan aku ramai .. Lagi pun kitaorang cakap dekat tempat terbuka bukan tempat tertutup .. Lepas tu , tiba-tiba Golgano pun menyampuk ; " eh , kau bukan  ke pernah date dalam sekolah ? "  Nah , ni memang aku tak suka sekali ! Aku memang terkejut sangat , aku pun tengok Golgano .. Shippuden pun terkejut .. Kawan-kawan pokok nyior pun terkejut .. Diaorang tak sangka kawan baik aku sendiri cakap macam tu .. Ustazah pun apa lagi , terus menyoal .. Tapi akhirnya aku terlepas .. lepas kejadian tu berlaku , aku pun pinjam handphone Shippuden and hantar mesej dekat pokok nyior .. Mesej yang aku hantar berbunyi begini ; saya mintak putus ! ( untuk pengetahuan korang , sebenarnya aku saja nak tengok reaksi pokok nyior tu .. Aku nak tengok sama ada dia betul-betul sayang aku ke tak .. Korang nak tahu apa hasilnya ? To be continued in G@d!s aiR mAta .. ^^, no.7

Thursday, December 8, 2011

G@d!s aiR mAta .. ^^, no.5

Hari ini dah 11/11/10 .. Korang nak tahu hari ini anniversary ma and abah aku ! waaa .. ^^, ( semoga kekal hingga ke hujung nyawa ma & abah ! )
  Tapi korang nak tahu , hari ini merupakan hari yang sangat sedih buat aku .. Kenapa pulak ? Huh ! Macam ni kisahnya ;
  Dalam perjalannan balik dari rumah tokki aku , hanya aku , ma dan adik aku aje .. Ma cakap yang abah aku cakap dia tak suka kalau anak-anaknya bercinta masa belajar .. Dia tak nak anak-anak dia jadi macam tu .. Yang paling memedihkan , ma aku ada cakap - Abah kata abah tak kan mengaku anak kalau menda pelik-pelik jadi .. Abah masih boleh memaafkan kesalahan
lain yang aku lakukan tapi tidak kalau berkaitan couple nie .. Abah tak kan beli apa-apa yang aku nak .. ! Ambik kau ! tersedak aku masa tu .. Apalagi , tak kan lah nak mengaku kan ? Mana ada malin mengaku malin .. - maksud nye ; mana ada pencuri mengaku mencuri ! Hehe .. Lepas aku sampai rumah tu , aku terus masuk bilik .. Fikir punya fikir , aku buat keputusan untuk memutuskan hubungan aku dengan pokok nyior .. Sempat jugak lah air mata aku menitis waktu tu .. Tapi sebelum aku cakap sendiri dengan pokok nyior , aku call kawan baik aku dulu ; sweet .. Aku cerita segala-galanya .. Satu persatu .. Dia terdiam , begitu juga aku .. Namun ingat lah satu perkara ini , apa-apa pun IBU BAPA PALING PENTING DALAM HIDUP KITA DARI KEKASIH .. TANPA IBU BAPA , SIAPALAH KITA ! Oleh sebab aku tak mampu nak cakap sendiri dengan pokok nyior , aku pun suruh kawan baik aku tu untuk bercakap sendiri dengan pokok nyior .. Jahat aku kan sebab tak bagi tahu sendiri dekat dia , tapi aku betul-betul tak mampu .. Tidak lama selepas itu , pokok nyior pun call aku .. Teragak agak aku menjawab call dia thu .. Ni sedikit sebanyak perbualan aku dengan pokok nyior ;
   pokok nyior - akpe awak ?
   Aku hanya diam .. Sebenarnya waktu tu aku sedang menangis ..
   aku - Sweet cerita dah kan kat awak ?
   pokok nyior - ya , tapi saya nak dengar sendiri dari mulut awak !
   Aku pun cerita lah segala-galanya .. Disulami dengan air mata yang jatuh berderai ..Dia hanya membisu .. Aku faham apa yang dirasainya sekarang .. Akhirnya hubungan aku dengannya pun berakhir pada tarikh 11/11/10 .. T_T    tapi pokok nyior cakap , dia bukan anggap hubungan kitaorang putus , tapi cuma pisah sementara .. Sedih toll aku masa tuh .. Namun itu adalah keputusan aku .. namun segalanya tidak terhenti begitu sahaja , kitaorang tetap bermesej-mesej lagi .. Last-last dia mintak couple balik , tapi aku tetap cakap tak nak .. Korang tahu apa yang aku cakap kat dia supaya dia tak nak couple lagi ? Aku cakap ; "Awak , saya mintak maaf tapi perasaan sayang saya dekat awak dah tak ada ! Saya tak sayang dah awak ! "  - Ha , kejam kan aku masa tu ? Aku terdengar dia menangis .. Terdengar esakkan pokok nyior tu .. Tapi apa boleh buat ? Tu aje yang aku boleh buat supaya dia tak lagi mengharapkan aku .. Ish ish ish .. Kejam betul .. Namun alasan aku tak menjadi kali ini .. Dia tetap nekad nak jugak ! Lelaki memang macam tu kan ? selagi tak dapat , selagi tu dia usahakan .. And hati perempuan ni lembut , cepat cair .. Akhirnya 28/2/11 aku couple balik dengan pokok nyior .. Atas pilihan aku and pendapat kawan aku .. Haha .. teruk betul aku kan ?
  Korang tahu pokok nyior dah tak berapa layan dah aku sekarang .. Sedih sangat aku masa tu .. Even dia selalu cakap dia sayang aku , tapi aku tetap curiga dengan dia .. Yelah kan , mana tahu kalau dia ni spesis ' crocodile brand ! ' Tapi aku sabar aje masa tu .. One fine day , malam masa tu .. Aku pun buka facebook .. ( banyak kegunaan facebook masa nie .. hehe ) Tiba-tiba aku terbaca komen si pokok nyior tu dengan seorang kawan dia .. Cam gini bunyi nya ; -  Weh , tolong arr aku .. Aku dok tahu nak cakap macam mana dengan dia .. Tolong arr aku ! ; -    Lepas tu kawan dia pun komen , ; -  mu kabo je dekat dia yang mu sayang dia .. Senang .. ; -  * kalau korang lah kan , apa yang korang rasa ? Pelik kan ? Kalau pokok nyior tu nak kabo yang dia sayang aku , kenapa dia nak mintak pertolongan kawan dia ? Kan kan ? Uish , bukan main lagi debar aku masa tu .. nak terkeluar jantung aku ! Aku pun komen lah sekali  ; - Nak kabo nape ? nak kabo kat sape ? hah ? ; - cam tu lah aku komen ! Kawan pokok nyior tu pun komen ; - pokok nyior nak kabo kat awak lah .. ye sayang awak ! ; - Tapi pokok nyior tu senyap aje .. dia tak komen apa-apa pun .. Macam aku couple dengan kawan dia pulak kan ? Kalau betul apa yang kawan dia cakap tu , kenapa pokok nyior senyap je ? Tu buat aku makin curiga .. Tiba-tiba kawan pokok nyior tu ( bukan pokok renek , ni pokok lain pulak ! pokok bunga tahi ayam ! haha )



  Pokok bunga tahi ayam - dia nak cakap yang dia sayang awak sebenarnya ..
  aku - tak payah nak tipu lah ! saya tahu awak tipu , kabo je lah !

( darah aku dah mendidih dah masa tuh ! )

  Pokok bunga tahi ayam - ok ok .. Tapi saya nak awak sabar banyak-banyak ok ?

Ha, dah kalau pokok bunga tahi ayam cakap macam tu , mesti lah benda yang pastinya menyakitkan hati kan ? Makin lah aku berdebar , jantung pun melompat keluar dari tempat dia tapi aku letak balik ! Hehe ..

aku - cakap lah cepat !
pokok bunga tahi ayam - macam ni , pokok nyior terpaksa mintak putus dengan awak ..dia bukan sengaja tapi dia terpaksa .. Ma pokok nyior suruh dia putus dulu sebab pelajaran dia merosot ! jadi dia terpaksa mintak putus dengan awak .. tapi dia sayang awak .. Awak sabar ok ?

Hah ! Satu bom atom meletup atas kepala aku .. Air mata aku yang comel tu pun menghiasi pipi aku .. Aku betul-betul sedih ..

aku - bakpe dia tak cakap sendiri ?
pokok bunga tahi ayam - sebab dia tak sanggup nak cakap dengan awak .. Dia sedih sangat-sangat .. Dia takut dia nangis !

Aku pun menangis lagi masa tu .. Tak disangka-sangka .. Dah macam balas dendam kan ? Aku tak tahu sama ada nak percaya atau tak .. Sebab sejak kebelakangan ni dia memang layan aku teruk .. 

aku - boleh percaya ke ?
pokok bunga tahi ayam - tak kan lah saya nak tipu awak kan ?
aku - kenapa saya hantar chat dekat pokok nyior dia tak balas ?
pokok bunga tahi ayam - dia dah off ..
aku - saya call dia boleh ? cakap kat dia saya nak call dia ..
pokok bunga tahi ayam - Dia tak bagi awak call dia lagi .. dia tak sanggup nak cakap dengan awak lagi .. Awak bagi dia masa ok ?
aku  - ok
pokok bunga tahi ayam - awak sayang tak dia sebenarnya ?
aku - mestilah sayang ! Soalan apa camtu ha ?
pokok bunga tahi ayam - ok ok .. saya tanya aje ..

  Kan tak pasal-pasal mamat bunga tahi ayam tu kena sembur dengan aku .. malam tu aku aku tidur dengan bantal yang basah ! Uhuk ! ku menangiss ~ Keesokkan harinya aku menceritakan segala-galanya kepada dua orang lagi kawan baik aku ; comel dan cute ! Comel dan cute pun sama , diaorang pun terkejut .. Comel cakap ; " Betul ke yang memang ma dia suruh ? "
and soalan tu jugak lah yang membebani fikiran aku waktu itu .. Aku dengan pokok nyior tu satu sekolah tapi lain kelas .. so , mana aku pergi memang akan jumpa dia .. tapi dia mengelak daripada aku .. Untuk pengetahuan korang , comel dengan pokok nyior tu satu kelas .. Masa rehat comel datang jumpa aku .. dia cakap yang pokok nyior dah cerita segala-galanya dekat dia .. Dan dia yakin pokok nyior tak menipu .. Comel cakap dia nampak mata pokok nyior tu berair dan merah .. Comel pun cakap , yang ma pokok nyior tu siap menangis dan merayu dengan pokok nyior supaya belajar dahulu .. Ma pokok nyior siap gosok lagi belakang dia supaya dia putus dulu and belajar molek-molek .. Korang tahu masa tu air mata aku mengalir lagi .. Comel pun ada cakap yang pokok nyior tu betul-betul sayang aku .. Sekarang dia tak boleh berhadapan dengan aku .. dia tak tahu macam mana nak hadapi semua tu .. Masa aku tengah syok menangis tiba-tiba ada sesorang masuk ke dalam kelas aku .. apa lagi aku terus lari .. Masa nak turun tangga terserempak dengan budak kelas aku ; mamee monster ! Aku nampak wajah dia pelik tengok aku .. Aku pun pergi menyorok dekat tempat lain .. Aku ingat mamee monster tu je yang nampak aku menangis rupa-rupanya pokok bunga tahi ayam dan beberapa orang kawannya pun nampak ! Malu-malu ! Aku pendekkan cerita , setelah beberapa perbincangan telah dilakukan dengan pokok nyior aku tuu .. Akhirnya aku menjadi kawan .. dah tak segan dah .. Yahoo ! Tapi kan , jujur aku cakap aku sayang pokok nyior aku tuu ..