It doesn't matter where you go in life ,
what you do or how much you have ..
it's who you have beside you ..
i'm so glad i have you ! ^^,

Thursday, December 8, 2011

G@d!s aiR mAta .. ^^, no.5

Hari ini dah 11/11/10 .. Korang nak tahu hari ini anniversary ma and abah aku ! waaa .. ^^, ( semoga kekal hingga ke hujung nyawa ma & abah ! )
  Tapi korang nak tahu , hari ini merupakan hari yang sangat sedih buat aku .. Kenapa pulak ? Huh ! Macam ni kisahnya ;
  Dalam perjalannan balik dari rumah tokki aku , hanya aku , ma dan adik aku aje .. Ma cakap yang abah aku cakap dia tak suka kalau anak-anaknya bercinta masa belajar .. Dia tak nak anak-anak dia jadi macam tu .. Yang paling memedihkan , ma aku ada cakap - Abah kata abah tak kan mengaku anak kalau menda pelik-pelik jadi .. Abah masih boleh memaafkan kesalahan
lain yang aku lakukan tapi tidak kalau berkaitan couple nie .. Abah tak kan beli apa-apa yang aku nak .. ! Ambik kau ! tersedak aku masa tu .. Apalagi , tak kan lah nak mengaku kan ? Mana ada malin mengaku malin .. - maksud nye ; mana ada pencuri mengaku mencuri ! Hehe .. Lepas aku sampai rumah tu , aku terus masuk bilik .. Fikir punya fikir , aku buat keputusan untuk memutuskan hubungan aku dengan pokok nyior .. Sempat jugak lah air mata aku menitis waktu tu .. Tapi sebelum aku cakap sendiri dengan pokok nyior , aku call kawan baik aku dulu ; sweet .. Aku cerita segala-galanya .. Satu persatu .. Dia terdiam , begitu juga aku .. Namun ingat lah satu perkara ini , apa-apa pun IBU BAPA PALING PENTING DALAM HIDUP KITA DARI KEKASIH .. TANPA IBU BAPA , SIAPALAH KITA ! Oleh sebab aku tak mampu nak cakap sendiri dengan pokok nyior , aku pun suruh kawan baik aku tu untuk bercakap sendiri dengan pokok nyior .. Jahat aku kan sebab tak bagi tahu sendiri dekat dia , tapi aku betul-betul tak mampu .. Tidak lama selepas itu , pokok nyior pun call aku .. Teragak agak aku menjawab call dia thu .. Ni sedikit sebanyak perbualan aku dengan pokok nyior ;
   pokok nyior - akpe awak ?
   Aku hanya diam .. Sebenarnya waktu tu aku sedang menangis ..
   aku - Sweet cerita dah kan kat awak ?
   pokok nyior - ya , tapi saya nak dengar sendiri dari mulut awak !
   Aku pun cerita lah segala-galanya .. Disulami dengan air mata yang jatuh berderai ..Dia hanya membisu .. Aku faham apa yang dirasainya sekarang .. Akhirnya hubungan aku dengannya pun berakhir pada tarikh 11/11/10 .. T_T    tapi pokok nyior cakap , dia bukan anggap hubungan kitaorang putus , tapi cuma pisah sementara .. Sedih toll aku masa tuh .. Namun itu adalah keputusan aku .. namun segalanya tidak terhenti begitu sahaja , kitaorang tetap bermesej-mesej lagi .. Last-last dia mintak couple balik , tapi aku tetap cakap tak nak .. Korang tahu apa yang aku cakap kat dia supaya dia tak nak couple lagi ? Aku cakap ; "Awak , saya mintak maaf tapi perasaan sayang saya dekat awak dah tak ada ! Saya tak sayang dah awak ! "  - Ha , kejam kan aku masa tu ? Aku terdengar dia menangis .. Terdengar esakkan pokok nyior tu .. Tapi apa boleh buat ? Tu aje yang aku boleh buat supaya dia tak lagi mengharapkan aku .. Ish ish ish .. Kejam betul .. Namun alasan aku tak menjadi kali ini .. Dia tetap nekad nak jugak ! Lelaki memang macam tu kan ? selagi tak dapat , selagi tu dia usahakan .. And hati perempuan ni lembut , cepat cair .. Akhirnya 28/2/11 aku couple balik dengan pokok nyior .. Atas pilihan aku and pendapat kawan aku .. Haha .. teruk betul aku kan ?
  Korang tahu pokok nyior dah tak berapa layan dah aku sekarang .. Sedih sangat aku masa tu .. Even dia selalu cakap dia sayang aku , tapi aku tetap curiga dengan dia .. Yelah kan , mana tahu kalau dia ni spesis ' crocodile brand ! ' Tapi aku sabar aje masa tu .. One fine day , malam masa tu .. Aku pun buka facebook .. ( banyak kegunaan facebook masa nie .. hehe ) Tiba-tiba aku terbaca komen si pokok nyior tu dengan seorang kawan dia .. Cam gini bunyi nya ; -  Weh , tolong arr aku .. Aku dok tahu nak cakap macam mana dengan dia .. Tolong arr aku ! ; -    Lepas tu kawan dia pun komen , ; -  mu kabo je dekat dia yang mu sayang dia .. Senang .. ; -  * kalau korang lah kan , apa yang korang rasa ? Pelik kan ? Kalau pokok nyior tu nak kabo yang dia sayang aku , kenapa dia nak mintak pertolongan kawan dia ? Kan kan ? Uish , bukan main lagi debar aku masa tu .. nak terkeluar jantung aku ! Aku pun komen lah sekali  ; - Nak kabo nape ? nak kabo kat sape ? hah ? ; - cam tu lah aku komen ! Kawan pokok nyior tu pun komen ; - pokok nyior nak kabo kat awak lah .. ye sayang awak ! ; - Tapi pokok nyior tu senyap aje .. dia tak komen apa-apa pun .. Macam aku couple dengan kawan dia pulak kan ? Kalau betul apa yang kawan dia cakap tu , kenapa pokok nyior senyap je ? Tu buat aku makin curiga .. Tiba-tiba kawan pokok nyior tu ( bukan pokok renek , ni pokok lain pulak ! pokok bunga tahi ayam ! haha )



  Pokok bunga tahi ayam - dia nak cakap yang dia sayang awak sebenarnya ..
  aku - tak payah nak tipu lah ! saya tahu awak tipu , kabo je lah !

( darah aku dah mendidih dah masa tuh ! )

  Pokok bunga tahi ayam - ok ok .. Tapi saya nak awak sabar banyak-banyak ok ?

Ha, dah kalau pokok bunga tahi ayam cakap macam tu , mesti lah benda yang pastinya menyakitkan hati kan ? Makin lah aku berdebar , jantung pun melompat keluar dari tempat dia tapi aku letak balik ! Hehe ..

aku - cakap lah cepat !
pokok bunga tahi ayam - macam ni , pokok nyior terpaksa mintak putus dengan awak ..dia bukan sengaja tapi dia terpaksa .. Ma pokok nyior suruh dia putus dulu sebab pelajaran dia merosot ! jadi dia terpaksa mintak putus dengan awak .. tapi dia sayang awak .. Awak sabar ok ?

Hah ! Satu bom atom meletup atas kepala aku .. Air mata aku yang comel tu pun menghiasi pipi aku .. Aku betul-betul sedih ..

aku - bakpe dia tak cakap sendiri ?
pokok bunga tahi ayam - sebab dia tak sanggup nak cakap dengan awak .. Dia sedih sangat-sangat .. Dia takut dia nangis !

Aku pun menangis lagi masa tu .. Tak disangka-sangka .. Dah macam balas dendam kan ? Aku tak tahu sama ada nak percaya atau tak .. Sebab sejak kebelakangan ni dia memang layan aku teruk .. 

aku - boleh percaya ke ?
pokok bunga tahi ayam - tak kan lah saya nak tipu awak kan ?
aku - kenapa saya hantar chat dekat pokok nyior dia tak balas ?
pokok bunga tahi ayam - dia dah off ..
aku - saya call dia boleh ? cakap kat dia saya nak call dia ..
pokok bunga tahi ayam - Dia tak bagi awak call dia lagi .. dia tak sanggup nak cakap dengan awak lagi .. Awak bagi dia masa ok ?
aku  - ok
pokok bunga tahi ayam - awak sayang tak dia sebenarnya ?
aku - mestilah sayang ! Soalan apa camtu ha ?
pokok bunga tahi ayam - ok ok .. saya tanya aje ..

  Kan tak pasal-pasal mamat bunga tahi ayam tu kena sembur dengan aku .. malam tu aku aku tidur dengan bantal yang basah ! Uhuk ! ku menangiss ~ Keesokkan harinya aku menceritakan segala-galanya kepada dua orang lagi kawan baik aku ; comel dan cute ! Comel dan cute pun sama , diaorang pun terkejut .. Comel cakap ; " Betul ke yang memang ma dia suruh ? "
and soalan tu jugak lah yang membebani fikiran aku waktu itu .. Aku dengan pokok nyior tu satu sekolah tapi lain kelas .. so , mana aku pergi memang akan jumpa dia .. tapi dia mengelak daripada aku .. Untuk pengetahuan korang , comel dengan pokok nyior tu satu kelas .. Masa rehat comel datang jumpa aku .. dia cakap yang pokok nyior dah cerita segala-galanya dekat dia .. Dan dia yakin pokok nyior tak menipu .. Comel cakap dia nampak mata pokok nyior tu berair dan merah .. Comel pun cakap , yang ma pokok nyior tu siap menangis dan merayu dengan pokok nyior supaya belajar dahulu .. Ma pokok nyior siap gosok lagi belakang dia supaya dia putus dulu and belajar molek-molek .. Korang tahu masa tu air mata aku mengalir lagi .. Comel pun ada cakap yang pokok nyior tu betul-betul sayang aku .. Sekarang dia tak boleh berhadapan dengan aku .. dia tak tahu macam mana nak hadapi semua tu .. Masa aku tengah syok menangis tiba-tiba ada sesorang masuk ke dalam kelas aku .. apa lagi aku terus lari .. Masa nak turun tangga terserempak dengan budak kelas aku ; mamee monster ! Aku nampak wajah dia pelik tengok aku .. Aku pun pergi menyorok dekat tempat lain .. Aku ingat mamee monster tu je yang nampak aku menangis rupa-rupanya pokok bunga tahi ayam dan beberapa orang kawannya pun nampak ! Malu-malu ! Aku pendekkan cerita , setelah beberapa perbincangan telah dilakukan dengan pokok nyior aku tuu .. Akhirnya aku menjadi kawan .. dah tak segan dah .. Yahoo ! Tapi kan , jujur aku cakap aku sayang pokok nyior aku tuu ..

No comments:

Post a Comment