Pokok nyior , kau baca ni tau ? hehe
Pokok nyior tu macam pembuli aku dekat sekolah ni .. Mana-mana aku pergi mesti jumpa dia .. ( dah nama pun sekelas , memang lah jumpa dia macam mana pun ! Ayooyoo .. ) Biasa kalau meja dalam kelas kan , kita balut dengan plastik yang macam balut buku tu kan ? so , kat bawah tu boleh lah letak macam-macam .. jadi memang macam-macam lah aku letak .. kertas-kertas yang bagi aku sangat bermakna ..Tapi korang tahu apa yang jadi keesokkan harinya bila aku datang sekolah ? Nak melompat-lompat aku waktu tu .. Bayangkan satu kertas pun tak ada kat bawah alas meja tu .. Memang pagi-pagi tu aku dah jadi singa betina lah .. Merata-rata aku cari tapi tak jumpa-jumpa .. Last sekali aku cari dalam tong sampah .. Ah , kurang asam ! Kertas-kertas aku tu ada dalam tong sampah .. Makhluk mana yang nak buat sampah dengan aku masa tu pun tak tahu .. Hari tu aku jadi polis yang tak bertauliah .. Semua orang aku soal .. termasuk pokok nyior ! Mesti korang dah agak siapa kan ? Siapa lagi kalau bukan mamat pokok nyior tuh ! Mahu berapi aku masa tu .. tapi dia boleh aje tersengih macam kerang yang teramat busuk ! Benci betul aku tengok senyum dia tu .. Satu lagi masalah yang dia buat ; Ada satu hari tu , dah nak balik pun .. Lepas balik dari makmal aku pun naik ke ke kelas .. nak jadikan ceritanya , beg sekolah aku hilang .. Mak aiii .. debar bukan main lagi aku .. merata-rata aku cari * termasuk dalam tong sampah .. Aku dah agak siapa yang buat .. Aku tengok beg dia masih ada atas kerusi , aku pun ambik .. Kebetulan dalam kelas aku ada satu almari yang besar , aku pun bukak .. Tiba-tiba aku ternampak satu beg sekolah yang tersangatlah kiut ! Hah , kalau dah kiut tu beg siapa lagi kalau bukan beg aku ! Memang cari pasal betullah mamat pokok nyior tu .. Kebetulan beg dia pun ada dalam tangan aku , so bertukar tempat lah jawabnya .. Aku sumbat beg dia dalam almari tu .. Lepas tu aku tutup dengan mounting board and macam-macam lagi .. Memang tersangat tersorok lah ! Nasib kau lah pokok nyior ! Cari pasal dengan aku sangat siapa suruh ? .. Lepas agenda aku tuh dilaksanakan , aku pun balik .. Bye pokok nyior punye beg .. kalau dia tak jumpa beg dia pun , lagi bagus .. Aku lagi lah bahagia ! Hahaha ..
Korang nak tahu macam mana aku boleh cakap dengan dia masa mula-mula ? Hari tu masa first day di kelas 2 Elegent mamat tu ada tegur aku .. MAsa tu dia buat lawak , lepas tu dia nak suruh aku sokong dia .. Dia pun cakap , "ork ajee ork ? " aku pun senyum je lah .. Masa tu perang tak meletus lagi ! Haha .. Ha , by the way .. Lepas aku sorok beg dia hari itu , keesokkan harinya aku diberitahu oleh kawan dia yang aku gelarkan pokok renek ! ( sebab ? hehe .. dia nieh rendah sikit berbanding pokok nyior tuh ! Aneh kan pokok renek dengan pokok nyior boleh berkawan ! ) Pokok renek cakap yang pokok nyior tu dekat setengah jam cari beg dia .. Tak jumpa-jumpa .. Berkali-kali dia bukak almari tu tapi tak jugak jumpa .. Kira pandai jugaklah aku sorok kan ? Hebat-hebat ! Masa pokok renek tu cakap , aku gembira tersangat-sangat .. Rasa nak melompat-lompat and menari je .. Misi balas dendam aku berjaya ! Banyak jugak lah perkara yang berlaku .. Aku jadi benci betul dengan mamat tu ! Rasa nak je aku belasah dia .. tapi terkenangkan ketinggiannya dua kali ganda daripada aku , aku batalkan aje niat aku tu .. Nanti tak pasal-pasal aku menginap dekat icu .. Tak ke naya ?
Oh lupa pulak .. Yang pasal mamat mulut bom nuklear tu , lepas beberapa bulan aku kira dah ok dengan dia .. tu pun sebab dia yang mintak maaf .. berkali-kali jugaklah dia mintak maaf .. Mula-mula aku tak peduli pun , tapi ye lah kan sekeras-keras hati kita ada jugak lembutnya .. Masa mamat tu nak mintak maaf berkali-kali dia cakap " sedangkan nabi ampunkan umatnya " - itulah ayat yang memang selalu aku dengar masa dia nak mintak maaf .. Naik kematu telinga aku .. Walaupun aku ok dengan dia tapi aku tak pernah pun bercakap-cakap dengan dia .. Aku tak layan pun kalau dia cakap apa-apa .. Nak cakap maaf tu senang , tapi nak lupakan semuanya itu sangatlah susah ! Kan ? ( angguk tau ? ! ) hehe .. ^^,
No comments:
Post a Comment