Aku masih lagi pelajar sekolah.Pelajar yang tidak berapa dikenali berbanding kawan-kawan aku yang lain.Pada tahun 2008 bermulalah kehidupan aku sebagai pelajar sekolah menengah.Mula-mula aku sekolah dekat SMK 'A' asrama penuh!Masa terima tawaran tu bukan main lagi excited!Haha.. Siapalah tak excited kan?So,aku pun pergilah daftar kat sana.Jadi pelajar sekolah tu.Ramai kawan-kawan baru yang aku kenal.Termasuklah seorang kakak - Nor Shafira .. * my beloved sis .. Dia lah yang banyak jaga aku masa tu.Saat aku deman,dia jugak yang menjaga aku.
Masih segar dingatan aku pada 27Mac2008.Malam tu aku ada prep,hujan lebat sangat.Sekali dengan petir dan kilat.Agak kesejukkan jugak lah masa tu.Tepat pukul 10mlm tamatlah kelas prep.Aku dan beberapa orang kawan pun berjalan untuk balik ke bilik.Kawan-kawan aku berhenti di dewan makan untuk mengambil makanan namun tidak aku.Aku terus balik ke asrama.Entah kenapa aku tidak sabar untuk menghubungi keluarga aku malam itu.Sampai di bilik,aku membuka selendang dan terus mencapai telefon yang diletakkan ditempat 'tersembunyi' hehe..Korang tahu ma aku cakap nenek aku yang aku panggil MAK telah kembali ke rahmatullah pada malam itu.Terketar-ketar aku saat itu.Aku yang berada ditingkap terus terjelopak dan menangis.Kakak-kakak yang berada di dalam bilik itu kehairanan.Kak Fira yang berada disitu terus menghampiri aku.Aku memberitahunya.Dia menenangkan aku dan menyuruh aku membaca yasin.Selesai bercakap dengan ma,aku mengambil wudhuk dan membaca yasin.Aku sangat sedih sebab tak dapat berjumpa dengan arwah mak untuk kali terakhir.
Pada pukul 2pagi,abah aku datang ambik aku diasrama untuk membawa balik.Arwah mak akan dikebumikan keesokkan harinya.Pada mulanya memang susah untuk keluar pada pagi itu.Pengawal tidak membenarkan aku pulang pada pagi itu.Mahu sahaja aku membelasah pengawal itu.Namun aku tidak berkudrat melawan lelaki yang lebih tua dari aku itu.Setelah lama bercakap,akhirnya aku dah boleh balik.Pada pukul 8.30 pg,aku sampai dirumah.Aku terus menukar baju dan bergerak ke rumah arwah mak aku.Saat aku sampai,air mata aku terus jatuh berderai.Aku ternampak sekujur tubuh yang kaku diatas katil.Tubuhnya diselimuti kain putih.Aku menghampiri arwah mak aku.Sungguh tidak dapat aku tahan kesedihan saat itu,namun aku masih ingat kata-kata arwah mak "tidak baik jika kita meratapi orang mati kerana arwah akan merasa sakit.Lebih baik kita membaca yasin buatnya" Aku mengesat air mata yang sudah membasahi wajah aku dan terus mencapai yasin untuk disedekahkan kepada arwah mak.Sungguh syahdu.Sebak dadaku saat membaca yasin dihadapan jasad arwah yang sudah kaku tidak bernyawa.Kekesalan kerana tidak dapat berjumpanya untuk kali terakhir.Namun ajal maut ditangan Allah s.w.t. AL-FATIHAH untuk arwah mak - Kalsom binti Ali..
Beberapa minggu selepas itu,aku mengambil keputusan untuk pindah sekolah dan bersekolah diTerengganu sahaja.Setelah beberapa prosedur dilakukan,aku akhirnya tidak lagi menjadi pelajar sekolah itu.Aku akhirnya menjadi pelajar SMK 'B' . Bermula lah kehidupan baru aku di sekolah lain pula ..
No comments:
Post a Comment